Ibarat Menabur Garam Pada Luka

Bismillahirrahmannirrahim

Hai, Mr Blog yang hensem lagi menawan. Eh? Haha. Ada jantina ke tak ada ni?

Yang sebenarnya, tadi dah tertidur sebab terlalu letih. Tapi dalam kepala memang ada terfikir nak menulis sesuatu. Sudahnya, setiap satu jam saya terbangun. Jadi, sekarang dah kali kedua terbangun, maka tulis je dulu.

Semalam, kaki saya luka. Sejenis Hajar ni, dia kurang antibodi sikit. Terlalu mudah kena jangkitan kuman. Sama ada anggota fizikal mahupun dalamannya. Jadi, semalam kaki saya luka tanpa sebab. Siang tu dah terasa pedih-pedih. Tapi, malas nak ambil port sangat. Malas nak layan memandangkan kerja banyak dan perlu fokus kepada kerja.

Apabila pulang, baru perasan. Ada luka di kakinya dan dah teruk. Sebelum ini pun dah biasa berlaku. Jadi, benda pertama sekali kena buat adalah basmi kuman.

Saya tak guna ubat kuning pun sebab ubat kuning tiada. And finally, guess what guys?

Saya gunakan garam. Dan, anda tahu bagaimana rasa best bila luka ditabur garam?

Cubalah try test. 😊 MasyaAllah, sesungguhnya sangat sakit. Sama macam kalau kita kena ulser dalam mulut, lepas tu tabuh garam. Sama juga la lebih kurang best dia macam tu. Sakit memang sakit. Tapi, selepas sakit, kuman pun hilang, dan inshaAllah luka pun akan pulih sikit demi sedikit.  Saya berfikir. Sama juga dengan kehidupan ini, bukan?

Allah swt memberi kepada kita ujian. Ujian boleh jadi dua. Sama ada ujian kesenangan mahupun kesusahan. Kalau dah namanya ujian, tak ada yang mudah. Mesti akan menguji dan mencabar keimanan kita.

Tujuan Allah menguji salah satunya adalah untuk mengampunkan segala dosa kita dan supaya kita kembali kepada-Nya dalam keadaan bersih dan suci.

Sakit dan susah. Walaupun diuji dengan kesenangan, tetap ada susahnya. Contoh, diuji memiliki harta yang banyak. Susah benar hatinya ingin bersedekah. Risau benar hartanya akan berkurang. Di situ ujian kesenangan dan di situ susahnya kelihatan. 

Contoh lain untuk ujian yang susah, seseorang itu sedang pokai. Jumpa pula dengan si kaya. Dia meminta sedikit wang. Namun, si kaya tidak mahu memberinya sedikit wang. Adakah si miskin ini tetap boleh bersangka baik kepada Allah? Di situ ujian untuknya. Itulah ciri-ciri ujian. Menyakitkan dan akan menyusahkan. Namun, akan merasai kemanisannya jika berjaya melepasi semua ujian ini.

Ok, sekian. Itu sahaja yang ingin saya kongsikan untuk pagi Khamis ini. ❤



Comments

Popular Posts