ASALAMUALAIKUM, CINTA HATI MUMMY AYAH!



Maha Suci Allah yang telah menciptakan sebuah kehidupan di dalam rahim ini. Allah sahaja yang mengetahui betapa sebaknya hati ini saat melihat ada benda asing dan sangat kecil di dalam rahim mummy. Lebih bertambah kesyukuran di saat melihat degupan jantung kamu, wahai anakku. 

Mummy nak baby jadi anak yang kuat, sihat, positif. Mummy doakan agar Allah melindungi rumahtangga mummy dan ayah serta menguatkan baby. Mummy tahu mummy struggle dengan pelbagai sakit yang ada. Namun, dengan sokongan ayah yang tidak berbelah bahagi untuk melihat mummy sihat kembali, inshaAllah mummy akan usaha untuk sihat dan kuat. 

Mummy love both of you.
Allah loves us. 
💌

p/s Mummy sepatutnya publish post ni tarikh 6/5/2020 6.43am tapi entah lah.Rupanya waktu tu draft je. Tak publish pun. So ni baru publish semula 21/8/22 3.52pm. Baby ni dah selamat lahir. Penghuni rahim pertama mummy bernama Nurul Hana binti Ab Ghani. Lahir pada 3/12/22 secara normal dan induce ubat. Alhamdulillah. Sekarang umur Hana setahun 8 bulan. 

Comments

Popular Posts