Cinta Hati Mummy Ayah: Belum Mahu Tidur Lagi.

Jam menunjukkan pukul 1.25pagi. Ahad, 17 Mei 2020. Baby mummy masih belum mahu tidur ya? Aktifnya sayang. Dah berapa hari mummy tidur lewat.

Baby sayang, esok hari terakhir dalam minggu 9 mummy mrngandungkan awak. Hari Isnin, sudah masuk minggu ke 10 pula. Subhanallah. Mengandungkan kamu adalah satu keajaiban besar buat mummy. Kuasa Allah. Mummy tidak lagi sorang-sorang. Mummy mengaji, ada kawan. Mummy menangis, mummy mengadu kepada Allah, kepada ayah, dan kepada baby.

Ayah selalu pesan. Banyakkan bersabar. Banyakkan mengadu kepada Allah. Jangan fikir negatif. Nanti baby mummy ni jadi penat nak fikir. Iya ke baby? Baby penat ya kat dalam sana? Sorry sayang. Mummy tak sengaja.

Haritu, atuk marah mummy. Not marah actually. Just teguran. Kata atuk, mummy terlalu aktif. Dah macam orang tak mengandung. Tak reti rehat langsung.

Rehat tu macam mana sayang? Tidur? Baring? Mummy tak pandai. Bagi mummy, masa itu emas. Sangat berharga untuk mummy buang sekadar untuk baring dan tidur.

Tapi mummy faham. Atuk sayang kita. Sebab tu atuk tegur. InshaAllah. Mummy promise. Mummy akan slow down ye sayang. Mummy nak kita berdua sihat. Kita dah made promise together kan nak sihat dan taknak buat ayah risau?

Ok let's promise again. Hehe

Mummy akan banyakkan buat exercise fizikal dan juga exercise belajar. Buku Math, Addmath dan Fizik ni dah memanggil-manggil sebenarnya. Mummy dah beli buku graf dan buku nota tau. Nanti kita belajar sama-sama tau. Promise again!

Baby, mummy kan nak pesan satu perkara.

Dalam hidup ni, manusia datang dan pergi.
Mereka boleh jadi akan sayang dan boleh jadi akan benci.
Itu manusia tau baby.
Tapi Allah tidak begitu.
Selangkah kita mendekati Allah, Allah lebih lagi mendekati kita.
Allah tu Tuhan kita.
Tuhan yang Maha Satu.
Tuhan yang Maha Tahu.
Tuhan yang Maha Baik.

Baby kena tahu.
Apapun jadi kepada kita, semua adalah aturan Allah.
Bagaimana Allah telah mengaturkan ayah dan mummy bertemu.
Bagaimana Allah mengaturkan baby ada di perut mummy setelah hampir setahun ayah dan mummy bersatu.
Semua adalah takdir.

Baby, mummy sayang baby tau.
Mummy tak sabar nak jumpa baby.
Baby kena kuat walaupun kadang-kadang mummy sendiri tak kuat.
Maafkan mummy kalau mummy banyak menangis.
Baby jangan stress-stress tau.
Mummy minta maaf.
Mummy promise, mummy akan jaga diri dan jaga baby.

We, ayah and mummy love u sayang.
Take care there.
In my womb.
🧡

P/s Publish lambat. Hihi. Sepatutnya 17/5/20 1.35am. Waktu ni kalau tak silap, Hana memang aktif sangat menendang dalam perut. Rupanya sampai sekarang memang suka menendang sungguh. 21/8/22

Comments

Popular Posts