First Day as a New Student!
Assalamualaikum wbt. Disebabkan kat sini je aku rasa tak ada orang la akan baca (wehee yakin eh orang tak baca..kuikui) so kita update kat sini la ek.
Alhamdulillah. 6/10/2025. Again. Kita bergelar student semula!!!
Hello UTM!
Last 2016. Grad, kawen, beranak, and now anak pun dah sekolah. Tak sangka suami suruh sambung belajar. Kitonyo otak dah tepuuu. Pulak tu dah sedap duduk rumah sejak beranak si bongsu dulu. Iye tak iye je rasa bila husband suruh daftar belajar ni.
Starting bulan 7 tu, tiba2 husband suruh usha2 kos yg ada dan sesuai utk sambung. I was listing out 3 courses. Tanya member kaunselor, tanya member2 yg dah habis belajar, tanya bekas2 pensyarah. Thanks semua yg sudi membantu. Kalau ikutkan aku, memang lemah betul semangat nak sambung ni.
4/8/25, kita submit full application. Lecturer yg handle tu kata biasanya 2 atau 3 minggu akan dapat jawapan. My bestfriend dulu setahun baru application lulus. So, i was like, kalau ada rezeki, adalah.
Settle submit application, kita pun ready2 nak balik kampung. 14/8/2025 9.29am, dalam perjalanan ke kampung husband, atas train pulak tu. Bukak je mata pagi tu, dapat email.
.
.
[Admission] : [UTM-INTAKE] Offer Letter and Confirmation of Acceptance
.
.
Tengok headline pun dah rasa nak menjerit tapi sebab dalam train kan, pagi pulak tu. So kita jerit dalam hati je la. Hihi
Alhamdulillah. Urusan dipermudahkan Allah.
Fakulti lama dan fakulti baru ni berjiran je. Satu perasaan yang lain berbanding zaman degree dulu. Dulu, ramai. Sekelas 30 orang. Riuh rendah. Now? Sorang pun aku tak kenal. Habis je kelas tadi, tak ada rasa nak borak dengan sesiapa. Laju je nak lari masuk kete. Tak sabar nak balik jumpa syurga kita. Sebelum sampai kat kereta, sempat termenung jap tengok bangunan sebelah. Sayu jugak la rasa. Ibarat kau tengok kekasih lama. Tapi kau tau kekasih lama tu kau tak cinta mana. Cumanya kenangan tetap pernah terukir. Ha camtu. Fakulti lama ni, banyak sangat kenangan. Pensyarah usah cakap la. Baikkk betul. Pensyarah2 lama dulu la yg banyak kaitkan segala yg dipelajari dalam kelas dengan keajaiban ciptaan Allah. Dia tak kira even dalam kelas tu ada non muslim pun. Dia tetap sampaikan. Tu antara salah satu sebab banyak ilmu yang aku still ingat sampai sekarang. Alhamdulillah. Dapat cerita kat husband dan anak2.
Tapi untuk further dalam bidang tu, sejujurnya aku tak mampu. Menuntut masa dan tenaga yang bukan sedikit. Duduk dalam lab. Memang berchenta nanti jadinya. Seram membayangkan. Aku fikir, aku ada anak dan suami. Aku tak mampu nak all out macam dulu dah. Dulu usah citer. Duduk dalam library UTM tu, macam tak nak balik. Best la sebab tak ada komitmen lain kena fikir.
Sekarang tak boleh. Tadi pun rasa tak sabar nak balik. Memang sunyi dalam kelas. Tapi sampai je rumah, ada anak dan suami yang sambut. Rasa full terus. Rasa happy dan bersyukur. Alhamdulillah ala kulli hal 🤲🏻
Oklah tu je. Dah ada anak2 ni, tak dapat menulis panjang macam dulu dah. Ni pun sambil menaip, sambil melayan di bongsu duk bercerita dia terkejutkan kakak dia tadi. Dia cerita tangan dia kena gigit nyamuk lah. Dan banyakkk lagi ceritanya. Sekarang tengah nyanyi pulak. Nak boleh ke mummy habis menaip ni, habis satu album ni. Haha
Ok apapun, kita bersyukur.
Jalani kehidupan ini seadanya.
Sentiasa ingat Allah.
And satu lagi. Keep sharing about Palestine. Free free Palestine!!!
Sama2 berdoa agar kapal seterusnya selamat dalam misi kali ini.
Doa juga untuk rundingan Hamas yang akan berlangsung hari ini atau esok.
Hasbunallahu wanikmal wakeel 🤲🏻
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^