Second Day!

 Assalamualaikum wbt.

Hellooo 😄

Harini husband offer untuk hantar ke kelas. Kita mestilah happy kan. So, four of us entering UTM together to send me to class. Riuh anak-anak bertanya kenapa mummy kena pergi school. 

First class for new subject today. Banyak terma-terma baru aku kena belajar. Geogebra and so on. Alhamdulillah kelas habis awal. Pukul 5.30 ptg dah balik. Lepas tu macam mereput sorang-sorang sebab tak drive harini kan. Haha

So, here we go. Did a little tour sambil mengimbau kenangan lalu. Fakulti Sains dah semakin cantik. 





Pensyarah lama kita dulu dah jadi Ketua Jabatan. Masa berjalan dengan pantas. 

Jalan-jalan imbau kenangan ke MSI dan Library pulak lah. Dulu memang suka gila gi library sebab nak Wi-Fi je. 😆 




Lighting pulak cantik betul ya harini. Alhamdulillah. 

Lambat lagi rasanya husband nak sampai ni. Nak balik rumah pun, tak bawa kunci rumah. Haha. Sokay lah. Kita just enjoy moment-moment di library je lah. Disebabkan ni bukan study week, so kosong la sikit. Cuba nanti study week. Confirm full house.


Tulisan aku dari zaman sekolah pun macam ni lah kalau jot down laju-laju. Memang cincai kiralah. Asal boleh jer🤣

Kita bukan tulis karangan exam pun. Asalkan maklumat penting tercatat, ok lah tu. Kita sorang je yang faham. Hehe

Oh btw, bawah library ni rupanya ada cafe. Wow. Kita tengok jam, lambat lagi husband nak sampai ni. Let's go get a try!



Beli coffee panas la untuk tenangkan fikiran yg dah memang tenang ni. Hihi
Ada buku pulak tu untuk dibaca. Wow!
Tadi memang niat nak baca buku dalam library tapi malas nak scan itu ini. End up ada jugak rezeki kita membaca kat tempat lain. Alhamdulillah.

Let's enjoy!
Bismillahirrahmanirrahim 🤲🏻 

Kelakar la buku ni. Mengekek2 gelak sorang2 dalam kafe ni. 🤣


Tomorrow no need to come to UTM. Online class. Special sikit sebab esok dan next week self learning. Bukak notes dalam e learning je. Week 3 nanti baru kita f2f dengan pensyarah. 

Esok ada 3 appointment klinik dan hospital. Pagi appointment mummy dan juga Hana berasingan department tapi HSA la dua-dua. So bahagi dua lah. Husband bawak Hana jumpa doktor pakar bius. Adik ikut mummy la kot. Petang tu husband pulak appointment klinik. Syukur esok tak start kelas lagi utk new other subject ni. Alhamdulillah Allah mudahkan urusan.

Ok lah yer. Bubai dulu for today!


P/s Jangan stop doakan utk kapal2 yg belayar ke bumi Ghazzah ketika ini. Dijangka esok masuk red zone utk kapal Conscience dan kapal2 yg lain. Hasbunallahu wanikmal wakeel. Moga perbincangan antara dua pihak juga berjalan lancar dan gencatan senjata dapat dilakukan dengan baik. Amin






Comments

Popular Posts