Aku Kata

Aku kata aku mahu syurga,
Tapi amalku seperti sahaja tidak mengidamkan syurga.

Aku kata aku takut neraka,
Namun tingkahku seperti tidak pernah dengar tentang amaran neraka.

Aku kata aku sayang Allah,
Namun jika sayang di mana buktinya?

Aku kata aku sayang ibu ayah,
Jika sayang, bawaklah ke syurga.

Aku kata aku takut hari kiamat,
Jika takut kenapa masih lalai?

Aku kata aku rindukan baginda Rasulullah SAW,
Jika rindu kenapa mahu tinggalkan sunnah terbesar, dakwahnya?

Aku kata aku takut mati dalam su'ul khotimah,
Jika takut, kenapa masih tidak bersedia setiap masa?

Aku kata aku rindu nak bertemu Allah,
Jika rindu, sudah bergetarkah hatimu bila disebutkan namaNya?


~biarlah jantung sakit, namun janganlah hatiku mati dari mengingatiMu dalam setiap saatku, dalam suka dan dukaku~


"Bukankah Tuhan telah berfirman, ketahuilah dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang..."

Allah..
Izinkanlah insan yang kerdil ini meneruskan perjuangan para nabiMu..
Izinkanlah insan yang penuh dosa ini bertemu denganMu dalam keadaan suci bersih..
Allahumma amin..
Allahumma amin..
Allahumma amin..



Wallahua'lam.

"Hang nak mati macam mana?"

"Ofcoz la husnul khotimah.."

"Amin. Moga amal seiring azam dan cita-cita..!"

Comments

Popular Posts