Internship Goal







Alhamdulillah. Syukur alhamdulillah. Secara rasminya saya dah selesai intern. 

Masih teringat soalan Prof Madya Hazimah ketika lawatannya ke makmal,

"Awak nampak sihat, tak seperti orang sakit. Bagus. Then, you intern ni ok ke? Tak pe ke?"

Lot of loves. Like a mother. 

She asked, and I just can smile. 

"Saya dah merasa betapa letihnya tinggal di rumah, tidak berbuat apa2 dan itu hanya menambah kesakitan demi kesakitan kepada saya. Lebih baik saya sibuk begini. Maka saya lupa akan semua kesakitan.."

Sudahnya,

Orang habis intern, amik2 gambar.
Saya habis intern, terlantar.

Orang habis intern dapat sijil,
Saya habis intern dapat hadiah result ECG.

Cuma yang sama,
Orang habis intern rasa happy,
Begitu juga saya.

Jika diawal waktu dulu saya buat kerja kerana terpaksa,
Tapi saya berjaya tamatkan hingga akhirnya saya dah redha.

Mula-mula buat kerja sebab nak puaskan hati bos.
Lama-lama kerja, baru terfikir bos saya cuma satu.
Yang Maha Bos.
Tu. 
Allah Maha Berkuasa.

^_^


Apa-apapun, tahniah untuk semua kerana dah berjaya menamatkan intern. 

Happy sangat ke habis intern and setttle report? Intern je kot. Esok kalau Allah kata,

"Hajar, syurga untukMu.."

Ya Allah macam mana pulak rasa gembira tuuu..

Dan tambahan,

Kalau dapat melihat wajah Allah. 
ALLAH.
Kegembiraan apa lagi selain dapat bertemu denganMu?

:')


Allahumma amin.

#pikirbesar
#happytusubjektif
#terimakasihAllah

Comments

Popular Posts