Bebelan Si Markonah

Bismillahirrahmannirrahim...

Syukur alhamdulillah. Setelah banyak dosa kita buat, Allah still bagi chance utk kita bertaubat. Buktinya? Kita still diberi nafas, diberi oksigen yang sama.

Sedar tak sedar, tahun 2015 dah semakin hampir meninggalkan kita.

Dan sedar tak sedar, kita dah makin tua.

Tapi anda sedar tak bahawa kematian kita juga semakin hampir?

Pada ketika kita mengira masa duit bonus kita keluar, dalam pada kita sibuk mengira peratus harga saham kita yang meningkat, dalam sibuk kita membilang harta2 dunia yang bertambah, adakah kita sedar bahawa itu semua tak berharga kalau kita lupa kat Dia?

Dalam sibuk kita mengaudit hal-hal pekerjaan kita, sudahkah kita mengaudit diri kita?

Sebenarnya kan, bukan nak kata apa la.
Makcik Konah rasa kan, kita ni dah semakin mudah hanyut.

Makcik Konah rasa, duduk dalam zaman ni banyak betul ujian kita berbentuk akidah.

Kalau zaman sahabat dulu, mereka diuji dengan keimanan mereka. Dizalimi, diseksa kerana mereka mengucap syahadah. Sanggup berkorban nyawa hanya kerana kefahaman mereka terhadap apa yang mereka yakini.

Sedangkan kita? Yang Makcik Konah nampak, ramai orang kita mati merempit, mati kena bunuh, mati bunuh diri putus cinta, mati sebab try vape, masuk jel sebab dadah, dan macam-macam lagi.

Sahabat-sahabat nabi kita dulu pun diuji. Kita pun diuji. Sejak beribu tahun dahulu, Nabi kita dah bagi solusi kepada semua masalah yang kita hadapi sekarang. Tapi yang sedihnya adalah apabila agama itu dipandang sepi.

Manusia kita memandang agama hanyalah sebagai ritual. Tidak memandang agama sebagai Ad-Deen. Cara hidup. Tidak.

Sebab itu lah yang sedang terjadi. Bila bercerai, gi mahkamah. Bila nak nikah, berebut-rebut gi tempah masjid. Bila mati, cepat-cepat carik pak imam.

Adakah di situ sahaja fungsi Islam? Walhal Islam telah menggariskan panduan yang cukup dari sebesar-besar perkara seperti cara nak berdakwah sehinggalah sekecik-kecik perkara seperti cara nak bersuci selepas terpijak najis.

Macam mana nak makan, macam mana nak jaga anak, macam mana nak jadi seorang anak yang baik, apa adab berguru, macam mana nak berjual beli, apa hukum kalau suami buat begini kepada isteri, apa patut buat kalau kawan kita buat maksiat, macam mana nak bertaubat bila dah buat dosa, dan banyak lagi yang Islam ajar kepada kita.

Islam itu syumul dalam segala hal. Tapi yang pelik adalah bila ada segelintir yang merasakan bahawa Islam itu tidak lagi relevan untuk masa kini. Allahu.

Hang dok pikiaq, meeting berjam2, berhari2, nak selesaikan masalah yang berlaku. Tapi satu hal yang kita selalu terlepas pandang adalah didikan agamanya.

Bagilah solusi banyak mana pun, kalau solusi itu bukan ikut spek Allah, maka ia takkan kekal lama mana.

Apa yang Makcik Konah nak pesan, bertabahlah. Hidup di zaman ini segala benda mencabar.

Iman dah la senipis kulit bawang. Diuji pulak bertubi-tubi. Kalau tak kuat, memang habis lah.

Kuatkanlah iman, tambahlah kefahaman terhadap agama, InshaAllah Allah akan memudahkan kehidupan kita dunia dan akhirat.

Comments

Popular Posts