Siapa Manusia Yang Punya Banyak Tuhan?

Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Komputer riba ditutup. Cukuplah menaip setakat ini dulu. Masa aku bukan hanya untuk projek ni saja.

Namun, kecewa. Mata tak mahu lelap. Lalu keluar. Allah pertemukan aku dengan seorang insan.

Senyum.

"Tak tidur lagi?"

"Erm. Tak dapat tidur."

"Agaknya masih berfikir otaknya tu." Katanya sambil senyum. Aku mengiyakan sahaja.

Dia mula membuka mulut memulakan perbualan.

"Tahu tak bila seorang manusia itu solat, maka Allah akan fokus seolah-olah dialah satu-satunya hamba-Nya ketika itu?"

Aku terdiam.

"Namun malangnya, di saat seseorang itu dikurniakan kesenangan dia mula lalai. Hartanya menjadi Tuhannya. Anak-anak menjadi Tuhannya. Pelajarannya menjadi Tuhannya. Kereta kesayangannya menjadi Tuhannya. Isteri cantiknya menjadi Tuhannya. Disaat itu, dia mula lupa kepada Allah sebagai Tuhannya."

"Dan pelik kan, kenapa bila seorang manusia tu lalai Allah tak tinggalkan dia terus macam tu je?"

Aku terus berfikir.
Hmm.

"Kerana Allah tu tahu bahawa kita ni sebenarnya tiada Tuhan lain selain Dia. Maka ada ketika kita lalai, Allah bukan membiarkan kita begitu sahaja. Dia menunggu-nunggu detik dan ketika kita kembali kepada Dia. Kerana sesungguhnya manusia pasti akan kembali jua kepada Dia. Kerana kita memang tak ada tempat bergantung selain Dia sahaja."

Allahu. Begitu rupa-rupanya. Selama ni, bila aku dalam kesusahan, bila aku rasa serabut, aku fikir Allah itu dah tinggalkan aku. Aku fikir, Allah itu sudah tidak sayangkan aku lagi.

Dalam hatiku terdetik. Di saat ini, di zaman ini, sukar betul untuk aku berasa cukup dengan apa yang aku ada. Apa yang orang lain ada, aku mahu juga. Apa yang aku ada, aku memandang seolah-olah seperti Tuhan tidak pernah mengurniakan nikmat untuk aku. Seringkali merungut dengan kekurangan diri. Sering membandingkan diri dengan orang lain.

"Punca kita selalu berasa tidak cukup ni sebenarnya satu je. Kita selalu sangat mengikut neraca pandangan mata manusia. Kita dah lupa untuk ikut neraca Allah."

Betul la tu. Selalu fikir orang akan happy dengan apa yang kita buat, selalu fikir diri akan happy bila buat sesuatu. Tapi terlupa, Allah happy ke dengan apa yang kita buat tu?

Allahu. Patut lah zaman sekarang ni susah benar mahu merasai bahagia. Bukanlah kerana Allah tidak memberi sumber bahagia tu, tetapi kerana kita yang tak reti melihat. Hati dibutakan daripada melihat segala pemberian dariNya.

"Satu hal lagi, jangan pernah memandang hina kepada orang lain. Siapa kita ni nak memandang hina kepada orang lain? Lihat si polan, pandang kiri, pandang kanan. Sebenarnya kita dengan dia sama. Kita hanya HAMBA. Hamba je tau. Yakni hamba Allah. Perlu ke kita mendabik dada dengan segala pencapaian kita, kalau boleh nak tampal segala pencapaian kita supaya semua orang tahu. Tak pernah ke awak terfikir, bahawa itu semua boleh sumbat awak masuk neraka?"

Auch. Neraka. Pedih ulu hati bila teringat seringan2 siksaan pun dah boleh mencairkan otak.

"Bila kita bercakap tentang balasan Allah, kita jangan pernah persoalkan. Bila kita nak buat baik, walaupun kecik je, ingat Allah je dalam hati kita. Kalau kita mengaji, setiap huruf tu satu kebaikan. Kebaikan macam mana tu awak jangan pernah persoalkan. Contoh laa. Ni contoh je. Kalau lah kita ibaratkan satu kebaikan tu dengan kereta Ferrari. Baca satu huruf, Allah bagi nah sebijik Ferrari. Baca lagi, dapat sebijik lagi. Cukup 25 huruf, tak larat dah nak terima hadiah Ferrari. Sebab banyak sangat. Kita tak mampu terima. Sebab tu Allah rahsiakan segala balasan tu daripada kita. Contoh la kalau awak solat sunat sebelum subuh. Apa ganjaran yang Allah janji? Kebaikan yang lebih baik daripada bumi dan isinya. Dah tu, kalau Allah bagi 'nah, amik lah hajar.' Awak nak letak kat mana? Dalam stor rumah? Tak muat kan? Sebab tu la Allah tak tunjuk sekarang. Sebab dia tahu manusia ni tak mampu nak terima. Hebat sangat ganjaran Allah semua ni."

"Cara nak dapat rahmat Allah macam mana? Ibadah dengan ikhlas!"

:)

Ya Allah. Selama ni aku selalu mempersoalkan. Selalu merungut. Selalu rasa tak bersyukur. Malah, selalu jugak rasa berkira.

@_@

Astaghfirullah...

Cepat-cepatlah mohon taubat kat Allah. Aku takut tiba-tiba. Sebab aku hamba yang tak bersyukur. Sebenarnya, masih banyak nikmatNya yang tak sempat untuk direnungi dan disyukuri kan?
Teruskan meletakkan sepenuh pergantungan terhadap Dia. Kerana kita hanya hamba, bukan siapa-siapa. Kita hanya ada satu Tuhan. Yakni Dia, Allah.

Wallahua'lam.

"Taubat cepat, sebelum terlambat!"

Comments

Popular Posts