Ya Habibi Ya Rasulullah SAW





Daripada pagi tadi, redup je suasana. 



Teringat kisah kelahiran junjungan besar nabi kita, nabi Muhammad SAW. Di suatu saat itu, sebelum kelahiran baginda, runtuhnya empat belas anjung dewan Kisra Parsi, terpadamnya api yang disembah penganut agama majusi, robohnya gereja-gereja di sekitar Tasik Sawa setelah sebelum ini penuh sesak dengan para pengunjung. Diriwayat oleh al-Baihaqi.

Pada zaman dahulu, mengikut resam bangsa Arab Hadhari, mereka akan hantar bayi-bayi yang baru dilahirkan ke kawasan pedalaman. Tahu sebab apa?
Ahah. Kerana untuk mencegah anak mereka daripada wabak penyakit yang terdapat di bandar. Selain untuk memberi kekuatan otot-ototnya, ia juga sebagai satu cara untuk membantu lisan bahasa Arab yang baik tu.
Maka, Rasulullah SAW telah disusukan oleh Halimah binti Abi Zuaib.

Kemudian, setelah kehilangan ibunya, baginda dijaga oleh datuknya iaitu Abdul Muttalib. Namun, pada usia 8 tahun, baginda dijaga pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib sesudah datuknya meninggal dunia.
Persediaan demi persediaan. Kematian demi kematian. Semuanya adalah persediaan untuk memberi kekuatan kepada baginda sebelum baginda diangkat menjadi seorang rasul. Allah mahu baginda hanya bergantung harap kepada Dia. Bukan kepada ibunya, bukan kepada ayahnya, datuknya mahupun pakciknya. Cantik aturan Allah.

~~~~~~~~~~~~

Teringat la waktu kecil dulu. Saya pun dibela oleh orang lain. Mula-mula diasuh oleh allahyarhamah nenek saya di kampung.

Selepas nenek meninggal, saya dijaga pula oleh ibu saudara di kampung. Saya jenis yang pemilih. Sejak kecik, dah pandai memilih makanan. Dan saya jenis yang tak reti bercampur. Nak kongsi-kongsi pun saya tak suka. Tapi kat sini la, saya diajar bahawa hidup bukanlah untuk pentingkan kesenangan diri sendiri semata-mata. Dan banyak lagi kisah kecik2 dulu.

Banyak sangat persediaan Allah untuk diri kita yang dulu kita tak faham pun. Sekarang baru faham. 



Sirah Nabi kita bukanlah untuk sekadar dibaca dan dihafal. Tapi untuk difahami fiqhnya, untuk diambil ibrahnya, diikuti sunnahnya yang mana sunnah terbesarnya adalah dakwah. 

Selawat dan salam untukmu ya Rasulullah SAW. 

Comments

Popular Posts