Skater Girl : Cinta Terbit Seusai Salam

Prolog....

'Ya Rabbi mengahnya rasa....' 

Langkah diatur kemas. Nafas ditarik dan dihembus perlahan. Dah lama betul tak berpeluang nak berjoging macam ni. Since this week terlalu letih, tak larat rasa nak drive sorang untuk balik kampung. Awal-awal lagi dah maklumkan kepada ayah dan ibu tentang kondisi kesihatan supaya mereka tidak terlalu risau. Maka, pagi ni bila rasa macam sihat sikit, keluar la pergi berjoging. Dapat rasa keluarkan peluh pagi-pagi ni.

'Eh heyyy...skaters...!' 

Mata memandang kepada sekumpulan anak muda yang sedang asyik dengan skateboard masing-masing. Entah apa trick tu pun aku tak berapa pasti. Namun aku lebih tertarik untuk pergi ke arah seorang gadis genit yang sedang duduk santai di tangga. Skateboardnya terletak elok di hujung tangga.

"Asalamualaikum.. Awak punya skateboard kan? Akak nampak awak waktu akak stretching tadi.." tangan dihulur kini berjabat. Salam bertukar. 

"Waalaikumusalam.. Ha'ah. Saya punya. Akak skate jugak?" Soalnya.

"Oh tak lah. Tapi minat." Jawabku ringkas.

"Akak nak try?" Soalnya lagi.

"Akak sebenarnya..ermm..takut jatuh!" Malu untuk mengaku tapi itu hakikat.

"...tapi benda ni kena praktis selalu kan?" Sambungku.

"Betul kak."

"Nama?"

"Saya Alissa." Senyum lagi. Dia ni suka senyum.

"Memang suka skating?" Soalku penuh minat.

"Saya lebih suka skating berbanding sukan-sukan lain. Kalau macam badminton tu, bosan kan. Gaya yang sama je pukul bola.." sambil tangannya menggayakan orang bermain badminton.

"Oh iye jugak la kan. Kalau macam skate ni, kita boleh buat macam-macam trick. Siap boleh reka trick nama sendiri lagi kannn..." 

"Betul la tu kak.." Gelak besar dia. Lucu mungkin ayat bila aku kata boleh reka trick sendiri.

"So far, dah berapa trick Alissa try?"

"Ada la beberapa. Macam Pop Shove It.." 

"I see.."

"Memang dah lama skating?" Aku semakin berminat.

"Boleh la. Tapi semenjak accident, saya biasa-biasa je."

"Accident?" Mukaku semakin mahu tahu. Ada sesuatu yang menarik daripada adik ini.

"Saya main skate kat gunung. Silap saya tak check dulu skateboard ni. Rupanya-rupanya dia tak elok. Waktu turun tu, kaki saya tak rasa apa. Tau-tau dah pengsan. Waktu saya sedar dari pengsan tu, saya terdengar ayah saya kata dia nak patahkan skateboard saya.. tapi dia tak buat pun la.." Tersenyum dia bercerita. Aku yang cuak dengar. Gigih la adik ni.

"Akak... jom lah.. join kitorang.." Seorang adik, datang memanggil Alissa. Di hujung sana, ada sekumpulan anak muda, all the skaters are waiting for Alissa to join them.

"Sekejap la. Seminit." Jawabnya lambat-lambat.

"Alah akak...tadi dua minit. Tambah seminit dah tiga minit. Jom lah.." Gigih adik sorang ni. Aku kekal sebagai pemerhati. Hanya tersenyum memandang scene di depan.

"Gi la Alissa. Kesian diorang menunggu tu." Pujukku.

Dia melangkah perlahan. Skate dicapai. Tiba-tiba dia berpaling semula ke belakang. Memandang aku.

"Nama akak?"

"Panggil je Kak Hajar."

"Akak belajar lagi?"

"Oh. Akak dah kerja."

"Kenapa muka akak  muda sangat??" Terkejut mukanya.

Ahaha. Ok ni kelakar. Mungkin dressing berjogging ni yang buat aku nampak macam muda sikit.

"Eh, you just go and enjoy. Lepas ni kita sambung berbual lagi okay?" Kataku bila dia seakan tak nak berganjak dan mahu terus bertanya. Kesian pulak bila pandang muka adik yang panggil dia tadi. Dari tadi menanti Alissa dengan penuh sabar.

.
.
.
.

Seronok tengok pemandangan pagi ini. Di kiriku sekumpulan anak muda berbasikal. Di depanku sekumpulan anak muda lincah berskating.

Aku? Jariku semakin lincah menulis. Terasa betapa bersyukurnya aku dengan nikmat mata yang bisa melihat semua ini. Betapa bersyukurnya kerana Allah masih beri nikmat bernafas hari ini. Dan paling penting betapa bersyukurnya aku kerana Allah masih beri nikmat untuk rasa bersyukur.

Alhamdulillah.

Watching them skating, i feel so happy.

Di saat salam mahu dihulur tadi, aku teringat kepada satu hadis yang mana Nabi menyebut bahawa menyebarkan salam itu akan menumbuhkan rasa cinta diantara manusia. Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

لَا تَدْخُلُوْنَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوْا ، وَلَا تُؤْمِنُوْا حَتَّى تَحَابُّوْا ، أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوْهُ تَحَابَبْتُمْ ؟ أَفْشُوْا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ

Tidak akan masuk surga sampai kalian beriman, dan kalian tidak beriman sampai kalian saling mencintai. Maukah kalian aku tunjukkan sesuatu yang jika kalian kerjakan maka kalian akan saling mencintai ? Sebarkanlah salam di antara kalian.

Dan di antara 10 wasiat Imam Hassan al-Banna sendiri adalah berkenal-kenallah dengan setiap saudara muslimin yang kita jumpai.

Benar. Timbul rasa cinta apabila melihat anak-anak muda ini. Duduk dengan mereka, mengetahui apa yang mereka minat, apa yang mereka fikir akan membuat kita sedar bahawa realitinya inilah penerus warisan negara kelak.

Di saat post ini ditulis, mereka masih berlawan trick masing-masing. Anak muda. Membesarlah kalian dengan baik. Moga menjadi anak yang soleh dan solehah, serta berguna untuk agama dan masyarakat. Skate ain't a crime. Selagi benda tu boleh mendekatkan kita dengan Allah, just go and do it. Tapi bila sesuatu tu menjauhkan dari Allah, maka tinggalkan.

Cintailah anak-anak muda ini. Kalau mereka silap, bantu mereka dengan cara sepatutnya, Bimbing. Bukan sekadar menghentam. Tunjuk. Bukan sekadar mengecam.


Epilog....

"Akak, would you like to try?" Dia bertanya.

"Akak? Allah...akak takut la Alissa..kang akak jatuh macam mana akak nak gi kerja?" Mengelak gila aku! 

"Ala akak.. sekali je.. jom la.." Dia tetap bersungguh juga.

"Serius la?"

"Serius la...... jom la akak.."

"Ok. Kalau akak jatuh, Alissa tolong tahan tau.." Sungguh-sungguh janji dulu sebelum naik.

Kali pertama, skateboard terlepas dari kaki. Laju dia meluncur ke depan dan aku static. Pecah gelak kami berdua di situ.

Kali kedua, dah pandai imbang,

Kali ketiga, dah pandai jalan jarak jauh sikit. Fuhh..Hajar, hang memang gigih.

"Wow akak..macam mana akak boleh jalan mengundur ni??" 

Surprised!!!

Haha. It was so funny. Yeah. Nice try Hajar! 

I was so happy.

Pagi Jumaat yang sangat proaktif. 

Dan sekali lagi.

"Alhamdulillah! Thank you Allah"

:)

Comments

Popular Posts