Termenung Sejenak Memikirkan-Mu


Merenung keluar sejenak sambil berfikir.
Maha hebatnya Allah yang menciptakan langit tanpa tiang.
Maha hebatnya Allah yang menciptakan siang dan malam.
Maha Bijaksananya Allah yang menciptakan burung-burung berterbangan indah di waktu petang.
Kita mampu nak buat sesuatu yg semisal dengan itu?
Kita mampu nak ubah siang jadi malam, dan ubah malam jadi siang?
Orang gila sahaja akan kata perkara yang sebaliknya.
Manusia yang berakal sihat pasti akan tertunduk kalah pada kekuasaan Allah Yang Maha Bijaksana.
Sedangkan menciptakan satu sel pun kita tak mampu.
Lalu mahu mendabik dada mengatakan kita hebat?

Malunya.
Malu.

Lihatlah sahaja tanganmu.
Adakah kamu yang menggerakkan ataupun Allah yang nenggerakkan?
Jika ada yang menawarkan seluruh kekayaan kepadamu lantas diberi syarat, syaratnya adalah dipotong seluruh tangan dan kakimu.
Adakah kamu mahu?
Kekayaan itu mampukah memberi tangan dan kaki setanding ciptaan Allah yang asal?
Mampu sama?
Tak mampu.
Pasti ada 'flaws' kata orang putih.
Ada sahaja kekurangan.

Kita manusia sahaja.
Lemah jika bukan Yang Maha Kuat meminjamkan sedikit kekuatan.
Jahil jika bukan Yang Maha Bijaksana meminjamkan sedikit kepandaian.

Semuanya milik Allah.
Tiada satu pun milik kita.
Selagi dipinjamkan, gunakan sehabis baik.
Yang namanya pinjaman, pasti perlu dipulangkan.
Yang namanya pinjaman, pasti perlu dijaga sebaiknya.
Segala yang kita ada hanya pinjaman.

Ada lawannya tiada.
Sihat lawannya sakit.
Kaya lawannya miskin.
Tua lawannya muda.
Lantas hidup lawannya mati.

Sebelum kematian datang menjemput, jaga sebaiknya cara hidup kita.
Hiduplah dengan cara bagaimana kita mahu dimatikan.
Jika mahu mati dengan iman, hiduplah dengan cara orang beriman.
Jika rasa banyak dosa, maka marilah bertaubat.

Ampunan Allah Maha Luas.
Datanglah dengan dosa sebesar gunung, sebesar itu jua pengampunannya.
Datanglah dengan seluas lautan, seluas itu juga pengampunannya.

Renungan ini adalah buat diri yg sering terkhilaf.
Yang kdangkala rebah juga berteleku dengan dosa-dosa.

Namun, yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengampun, Maha Penyayang.

Semoga dengan ampun dan redha-Nya, jiwa akan lebih tenang.

Dan jika ditanya apa yang kita mahu di dunia dan akhirat?
Hanyalah satu.

Redha-Nya.

Maka, bekerjalah kerana nak redha Allah.
Belajar kerana nak redha Allah.
Hatta memilih setiap sekecil-kecil keputusan dalam hidup kerana redha Allah.

Wallahua'lam.

#termenungsesekali #rasasebak

_shs_22.4.17_10.10pm_skudai_

Comments

Popular Posts