Tulip Mekar Di Hati
'Uhuk..uhuk..'
'Srot..srot...'
"Allahu..segannya dengan student-student praktikal. Buat bising je hajar ni..sekejap batuk..sekejap selsema..erm..." bisik hati kecil saya. Takut juga sekiranya mengganggu orang lain.
Saya pandang sebelah. Semua student praktikal tenang dengan kerja masing-masing. Mereka ni bagus. Baik-baik semuanya. Ni la yang sehari-harian menemani saya di office sejak bulan dua kelmarin.
Sedang ralit menyiapkan beberapa tugasan, tiba-tiba saya dapat satu mesej Whatsapp.
'Eh, nombor siapa pulak ni? Takde save pulak..' Saya pelik.
"Asalamualaikum kak hajar..saya cari someone untuk ajar saya mengaji..akak boleh ajarkan ke?"
Subhanallah.....
Maka perbualan di mesej itu bersambung dengan sedikit taaruf antara satu sama lain.
Sehinggalah akhirnya,
"Macam mana saya nak jumpa akak? Akak nak ajar ngaji kat mana? Kalau ikutkan saya dan kalau akak tak kisah, elok saya sendiri yang datang dekat akak.."
MasyaAllah adik ini..boleh terasa aura kesungguhannya..jarang sekali orang berkata begitu..
"Tapi awak ada transport ke ni?" soalku agak concern memandangkan pelajar tahun satu memang tidak dibenarkan membawa kenderaan ke universiti.
"Transport boleh cari kak..sebab saya fikir macam seganlah kalau kita nak menuntut ilmu, orang yang mengajar tu pulak yang nak kena datang dekat kita. So, saya rasa macam tak sedap lah kalau macam tu.." ujarnya lagi.
Saya terkelu seribu bahasa.
'Masih ada lagi seorang pelajar yang begitu memuliakan seorang guru sebegini rupa dalam zaman ini? Allahu..susah..susah benar untuk bertemu..'
Maka, tempat pun diatur mengikut persetujuan antara satu sama lain.
"Akak, actually saya nak mengaji semula dari awal balik eh kak. Sebenarnya saya dah lama cari orang yang boleh ajarkan. Sebabnya tak nak mengaji sorang. Kalau boleh biar ada orang yang tegur. Saya berhenti setakat juz 4. Tu pun dah lama sangat tak baca balik. Harap-harap Kak Hajar boleh tolong ajarkan.." sambungnya lagi.
"InshaAllah. Akak bantu semampunya ya.." balasku. Masih lagi sebak di dada. Ilmu saya secebis cuma. Masih juga belajar untuk memperbaiki kekurangan diri.
"Baik Kak Hajar. Kak Hajar, take care. Asalamualaikum Kak Hajar.."
'Waalaikumusalam adikku.....'
.
.
.
.
Subhanallah. Maha Suci Allah.
Apa lagi nikmat yang lebih besar selain membantu saudara sendiri untuk lebih dekat denganMu wahai Tuhan?
Terkenang-kenang di fikiran tentang satu hadis yang saya kira ianya menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuk para daie terus menyeru kepada para mad'u nya.
Hadits ini menunjukkan betapa besar keutamaan orang yang bisa mengajak kepada Islam kepada orang lain kemudian orang yang didakwahi tersebut menerimanya (masuk Islam), meskipun jumlahnya hanya satu orang (lihat Shahih Bukhari, Kitab al-Jihad wa as-Siyar, hal. 630).
Hadits ini juga menunjukkan betapa besar keutamaan ilmu dan mendakwahkan petunjuk serta tuntunan-tuntunan yang baik (lihat Syarh Muslim[8/30]).
قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم لِعَلِيٍّ: ((فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلاً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ)) (رواه البخاري ومسلم وأحمد
Sabda Rasulullah saw kepada Ali bin Abi Thalib: “Demi Allah, sesungguhnya Allah swt menunjuki seseorang dengan (da’wah)mu maka itu lebih bagimu dari unta merah.” (HR. Bukhari, Muslim & Ahmad).
Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menjelaskan hadits ini bahawa ketika itu, unta merah merupakan kenderaan yang sangat dibanggakan oleh orang Arab. Mungkin la waktu sekarang ni, kalau kereta mewah mungkin macam Bentley Continental GTC. Takpun macam McLaren 650S, Ataupun semewah Lamborghini Aventador mungkin? Weh, saya tak mampu nak beli tu sekarang. Dengar pun dah seram. Harga dia amat menyeramkan. Hihi.
Tu la nak ceritanya. Bila saya dapat je mesej dari adik comel ni, hati saya rasa amat berbunga-bunga. Seolah-olah bunga tulip yang baru nak mekar bila ada matahari tu. Ha lebih kurang gitu la kot kembang dia tu.
Allah. Seronoknya rasa. Lebih-lebih lagi bila adik comel ni amat menekankan adab menuntut ilmu. Itu membuatkan saya lebih-lebih lagi terharu.
Ianya menjadi satu peringatan juga buat saya bahawa kita perlu sentiasa belajar. Tidak dilupa, adab berguru. Itu sangat penting untuk beroleh keberkatan dalam setiap ilmu yang kita pelajari.
Di saat kita mengajarkan orang, di saat kita menyampaikan sesuatu kepada orang, jangan pernah sekalipun rasa bahawa ilmu yang kita ada akan berkurang. Jangan pernah berkira untuk mengajarkan ilmu kepada orang lain.
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)
Dan sentiasalah berlumba-lumba untuk melakukan amal kebajikan yang terbaik iaitu membawa manusia lain mengenal Allah yang Maha Pencipta.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).." (Al-Mulk : 2)
'Srot..srot...'
"Allahu..segannya dengan student-student praktikal. Buat bising je hajar ni..sekejap batuk..sekejap selsema..erm..." bisik hati kecil saya. Takut juga sekiranya mengganggu orang lain.
Saya pandang sebelah. Semua student praktikal tenang dengan kerja masing-masing. Mereka ni bagus. Baik-baik semuanya. Ni la yang sehari-harian menemani saya di office sejak bulan dua kelmarin.
Sedang ralit menyiapkan beberapa tugasan, tiba-tiba saya dapat satu mesej Whatsapp.
'Eh, nombor siapa pulak ni? Takde save pulak..' Saya pelik.
"Asalamualaikum kak hajar..saya cari someone untuk ajar saya mengaji..akak boleh ajarkan ke?"
Subhanallah.....
Maka perbualan di mesej itu bersambung dengan sedikit taaruf antara satu sama lain.
Sehinggalah akhirnya,
"Macam mana saya nak jumpa akak? Akak nak ajar ngaji kat mana? Kalau ikutkan saya dan kalau akak tak kisah, elok saya sendiri yang datang dekat akak.."
MasyaAllah adik ini..boleh terasa aura kesungguhannya..jarang sekali orang berkata begitu..
"Tapi awak ada transport ke ni?" soalku agak concern memandangkan pelajar tahun satu memang tidak dibenarkan membawa kenderaan ke universiti.
"Transport boleh cari kak..sebab saya fikir macam seganlah kalau kita nak menuntut ilmu, orang yang mengajar tu pulak yang nak kena datang dekat kita. So, saya rasa macam tak sedap lah kalau macam tu.." ujarnya lagi.
Saya terkelu seribu bahasa.
'Masih ada lagi seorang pelajar yang begitu memuliakan seorang guru sebegini rupa dalam zaman ini? Allahu..susah..susah benar untuk bertemu..'
Maka, tempat pun diatur mengikut persetujuan antara satu sama lain.
"Akak, actually saya nak mengaji semula dari awal balik eh kak. Sebenarnya saya dah lama cari orang yang boleh ajarkan. Sebabnya tak nak mengaji sorang. Kalau boleh biar ada orang yang tegur. Saya berhenti setakat juz 4. Tu pun dah lama sangat tak baca balik. Harap-harap Kak Hajar boleh tolong ajarkan.." sambungnya lagi.
"InshaAllah. Akak bantu semampunya ya.." balasku. Masih lagi sebak di dada. Ilmu saya secebis cuma. Masih juga belajar untuk memperbaiki kekurangan diri.
"Baik Kak Hajar. Kak Hajar, take care. Asalamualaikum Kak Hajar.."
'Waalaikumusalam adikku.....'
.
.
.
.
Subhanallah. Maha Suci Allah.
Apa lagi nikmat yang lebih besar selain membantu saudara sendiri untuk lebih dekat denganMu wahai Tuhan?
Terkenang-kenang di fikiran tentang satu hadis yang saya kira ianya menjadi sumber inspirasi dan motivasi untuk para daie terus menyeru kepada para mad'u nya.
Dari Sahl bin Sa’d radhiyallahu’anhu, suatu ketika dalam peperangan Khaibar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh, aku akan memberikan bendera ini kepada seorang pria yang melalui kedua tangannya Allah akan memberikan kemenangan, dia mencintai Allah dan rasul-Nya, dan Allah dan rasul-Nya pun mencintainya.” Sahl berkata: Maka di malam harinya orang-orang pun membicarakan siapakah kira-kira di antara mereka yang akan diberikan bendera itu. Sahl berkata: Ketika pagi harinya, orang-orang hadir dalam majelis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Masing-masing dari mereka sangat mengharapkan untuk menjadi orang yang diberikan bendera itu. Kemudian, Nabi bersabda, “Dimanakah Ali bin Abi Thalib?”. Mereka menjawab, “Wahai Rasulullah, dia sedang menderita sakit di kedua matanya.” Sahl berkata: Mereka pun diperintahkan untuk menjemputnya. Kemudian, dia pun didatangkan lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam meludahi kedua matanya dan mendoakan kesembuhan baginya maka sembuhlah ia. Sampai-sampai seolah-olah tidak menderita sakit sama sekali sebelumnya. Maka beliau pun memberikan bendera itu kepadanya. Ali berkata, “Wahai Rasulullah, apakah saya harus memerangi mereka hingga mereka menjadi seperti kita?”. Beliau menjawab, “Berjalanlah dengan tenang, sampai kamu tiba di sekitar wilayah mereka. Lalu serulah mereka untuk masuk Islam dan kabarkan kepada mereka hak Allah yang wajib mereka tunaikan. Demi Allah, apabila Allah menunjuki seorang saja melalui dakwahmu itu lebih baik bagimu daripada kamu memiliki onta-onta merah.” (HR. Bukhari dan Muslim, lihat Syarh Muslim [8/31])
Hadits ini juga menunjukkan betapa besar keutamaan ilmu dan mendakwahkan petunjuk serta tuntunan-tuntunan yang baik (lihat Syarh Muslim[8/30]).
قَالَ رَسُولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم لِعَلِيٍّ: ((فَوَاللَّهِ لَأَنْ يَهْدِيَ اللَّهُ بِكَ رَجُلاً خَيْرٌ لَكَ مِنْ أَنْ يَكُونَ لَكَ حُمْرُ النَّعَمِ)) (رواه البخاري ومسلم وأحمد
Sabda Rasulullah saw kepada Ali bin Abi Thalib: “Demi Allah, sesungguhnya Allah swt menunjuki seseorang dengan (da’wah)mu maka itu lebih bagimu dari unta merah.” (HR. Bukhari, Muslim & Ahmad).
Ibnu Hajar Al-‘Asqalani menjelaskan hadits ini bahawa ketika itu, unta merah merupakan kenderaan yang sangat dibanggakan oleh orang Arab. Mungkin la waktu sekarang ni, kalau kereta mewah mungkin macam Bentley Continental GTC. Takpun macam McLaren 650S, Ataupun semewah Lamborghini Aventador mungkin? Weh, saya tak mampu nak beli tu sekarang. Dengar pun dah seram. Harga dia amat menyeramkan. Hihi.
Tu la nak ceritanya. Bila saya dapat je mesej dari adik comel ni, hati saya rasa amat berbunga-bunga. Seolah-olah bunga tulip yang baru nak mekar bila ada matahari tu. Ha lebih kurang gitu la kot kembang dia tu.
Allah. Seronoknya rasa. Lebih-lebih lagi bila adik comel ni amat menekankan adab menuntut ilmu. Itu membuatkan saya lebih-lebih lagi terharu.
Ianya menjadi satu peringatan juga buat saya bahawa kita perlu sentiasa belajar. Tidak dilupa, adab berguru. Itu sangat penting untuk beroleh keberkatan dalam setiap ilmu yang kita pelajari.
Di saat kita mengajarkan orang, di saat kita menyampaikan sesuatu kepada orang, jangan pernah sekalipun rasa bahawa ilmu yang kita ada akan berkurang. Jangan pernah berkira untuk mengajarkan ilmu kepada orang lain.
“Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, atau do’a anak yang sholeh” (HR. Muslim no. 1631)
Dan sentiasalah berlumba-lumba untuk melakukan amal kebajikan yang terbaik iaitu membawa manusia lain mengenal Allah yang Maha Pencipta.
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat).." (Al-Mulk : 2)
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^