Hakikat Bahagia


Bismillahirrahmannirrahim...


Kenapa gambar ni? Sebab wa rasa zaman bebudak la zaman di mana wa rasa bahagia yg amat!

Yang sebenarnya, den jatuh chenta sama lagu ini since tingkatan ompek laie..

Tak tahu kenapa, tapi tiap baris liriknya membawa maksud yang amat mendalam..

Jom kita tengok rangkap pertama..

Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani 


Erm..berbunga2 sangat bahasa lagu ni..dulu mula2 tak faham jugak..
Suka dengar pun sebab rentak dia macam mendayu-dayu sikit..
Ni lagu tidur saya time kat asrama dulu..
Nak tidur je,mesti akan pinjam mp3 member semata2 nak dengar lagu ni!
Tapi sekarang dah ok sikit la..faham la jugak..

Nak ceritanya bahagia ni maksud dia sangat mendalam..
Ada orang dia kata bila dia dapat emas mutiara melimpah,maka itu bahagia..
Ada orang yang kais pagi makan pagi, kalau tak kais, tak makan.Tapi bagi mereka itu bahagia..
Ada orang dia dapat masuk hospital tanjung rambutan, maka orang kata dia 'bahagia'..

Yang sebenarnya bahagia itu gi mana sih?

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan


Yup..exactly..bahagia itu adalah bila kita berasa cukup dan tenang dengan apa yang Allah beri..

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa 


Pernah jumpa dengan orang miskin tak?
Pernah jumpa orang sakit tak?
Ada tak orang miskin yang gembira dan ceria?
Ada tak orang yang wajahnya tetap ceria walaupun diuji dengan sakit?
Ada tak jumpa orang yang hidupnya seolah senang lenang, tapi air mukanya keruh sentiasa?
Ada tak jumpa orang yang sihat wal'afiat, tapi lusuh sahaja gayanya, seperti sudah tidak mahu hidup!
Ada kan?
Lantas bagaimana definisi bahagia yang sebenar?
Masih samar2 kan?

Paling best adalah ayat ni :

Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang 


Ayat Quran dari surah Ar-Ra'd,ayat ke 28
Patutlah bila nyanyi lagu ni, rasa macam dekat je dengan Dia..rupa2nya dia guna 'lirik' dari ayat Allah di dalam surat cintaNya..
Deep..ayat ni saya boleh kata, antara ayat2 yang lembut untuk didengar di telinga..
Macam terbuai-buai je bila dengar ayat ni..

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan 


Hadis mukmin ajaib
Dulu time mak useroh bagi pasal hadis ni, rasa terkejut plus dengan rasa terharu..

It was like "oooh..lagu ni guna hadis jugak rupanya..whoaaa!!!"

Jakunnya hajar masa first time tahu benda ni..

Hadis ni nak menceritakan bahawa untuk seorang mukmin, dia sangatlah positif kepada Allah..bukankah Allah itu mengikut sangkaan hambaNya?

:)

Nak katanya, orang yang mengaku beriman ni dia tak cepat melatah bila diuji..

Tak kira la diuji dengan apa pun..
Dia sentiasa optimis..positif bahawa setiap yang berlaku sebenarnya ada hikmah..
Dia yakin bahawa Allah sedang memberi suatu kebaikan buat dirinya..

Rasulullah saw bersabda:  

“Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiada yang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia bersyukur. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” 

Hadith riwayat Muslim.


Hakikatnya bahagia itu 
Adalah ketenangan 
Bila hati mengingati Tuhan 

Allah tak mencipta dua hati dalam rongga dada kita (maksudnya kita tak boleh la nak campur2 kan cinta kita). This ayat is not created by me.
Tapi Allah yg cakap..ce hang bukak Quran tu sat..selak surah al-Ahzab, ayat keempat.

“Allah tidak menjadikan bagi seseorang itu dua hati di dalam rongga dadanya…” [33:4].

Kalau bukan Allah yang ada dalam hati kita ketika ini, maka yang akan replace ruang itu adalah SYAITAN..
Uuuu...so scary..


Semua insan kan mengerti 
Maksud terseni Ilahi 
Itulah zikir yang hakiki

Zikrullah..mengingati Allah..
Allah ni nak mintak satu je dari hambaNya..
Dia mahu kita bersyukur..
Allah ni ada sifat cemburu tahu!
Kalau kita asik ingat benda lain je, tak ingat pun kat Dia, maka berjaga-jagalah dengan kesan cemburu Sang Illahi..
Bersyukur lah..

TIPS MAHU DAPATKAN BAHAGIA?

Ingatlah Allah setiap masa..
Makan ingat kat Dia..
Nak tidur ingat kat Dia..
Nak main bola ingat kat Dia..
Jangan tanya kenapa kalau kesan jangka masa panjangnya anda akan senyum sorang2 sambil kenang semua nikmat yang Allah beri dan anda sedar bahawa bahagia itu ada di hadapan anda!

In sha Allah bahagia itu akan jadi milik kita!

^_^

#kebahagiaan hakiki seorang mukmin itu adalah apabila dapat bertemu dengan Rabb nya kelak :)

Comments

Popular Posts