Syurga Dunia Buat Mereka

Dengan namaMu Ya Rabb..
Tuhan sekalian alam..
Tuhan pemilik dunia dan akhirat..
Tuhan pencipta syurga dan neraka..
Tuhan yang Maha Kekal selama-lamanya..

Aku sering diaju soalan yang sama..
In fact, i always asking about the same question when i was young..

"Dia tu tak baca buku..tapi kenapa result dia gempak?"

"Dia tak solat pun..kenapa dia lagi bijak dari kita yang study macam nak mati ni?"

"Orang bukan Islam tu, kenapa dia lagi kaya daripada orang Islam??"

Ini bukanlah suatu post yg berbentuk kutukan, kritikan mahupun rasism..

Kita sedang bercakap tentang realiti...

Dulu, aku tertanya-tanya jugak..

Lama hidup ni, baru Allah bagi jawapan..

Jawapannya satu je..

Untuk golongan2 ini, Allah bagi je apa yg diorang nak masa kat dunia..

Allah kan Ar-Rahman, Ar-Rahim..

Dua2 ni adalah berbeza..

Ar-Rahman merujuk kepada pemberian Allah kepada semua makhluknya tak kira la Islam ke tidak..ia hanya meliputi keistimewaan di DUNIA SAHAJA..

Tapi Ar-Rahim pulak khusus untuk orang2 yg BERIMAN SAHAJA..serta meliputi dunia dan akhirat..

Haa gituuu..

Apa bezanya orang Islam dengan orang kafir?

Adakah pada nama Ahmad dan Sew Ann?

Adakah pada pakaian jubah dan Saree?

Atau adakah dari bahasa arab dan bahasa inggeris?

Jawapannya sudah semestinya TIDAK bukan?

Istimewanya umat Islam ini sehingga dijanjikan ganjaran syurga adalah kerana dia taat kepada perintah Allah..

Apa itu Islam???

Berasal daripada 'SALAMA'  yg bermaksud sejahtera..

Sejahtera? Sejahtera yg bagaimana? Islam is about total submission to Allah..sejahtera dan suci dari perhambaan terhadap sesuatu yg lain selain Allah..seluruh jiwa dan raga akan ku serah padaMu..haa camtu..

Orang kafir pula adalah mereka yg enggan tunduk dan patuh pada perintah Allah..

Kerana beza inilah, orang Islam yg benar dgn sebenar-benar keimanan dijanjikan syurga yg hakiki..kekal abadi..

Namun sebaliknya berlaku kepada orang2 yg tidak mahu ikut apa yg Allah suruh..

Teringat ketika perjalanan menuju ke Great Ocean di Aussie suatu ketika dulu..

Perjalanan untuk ke sana drpd Melbourne mengambil masa yg amat panjang..

Pak cik yg guide kitorg tu citer, bumi Melbourne ni kaya dgn emas..maka penduduk2 nya kaya sebab hasil emas tu diorang boleh ambil..(tak macam kt Malaysia..kbai~~)

Kami terpaksa menempuhi beberapa kampung2 kecil sebelum sampai ke destinasi..

Nak diceritakan, betapa indahnya tempat mereka sehinggakan aku terdiam seketika..

"Subhanallah..subhanallah..subhanallah.."



Lafaz itu tidak berhenti dari bergema di lubuk hati..

Aku kagum..kagum dgn ciptaan Allah..

Perjalanan yg terlalu lama membuatkan ramai sahabat2 yg tertidur..namun tak untuk aku,sang pencinta alam semulajadi..

Nak digambarkan, air2 di sungainya kehijauan, jernih..

Air lautnya warna turquoise..

Serius rasa macam nak terjun je!



Cuacanya kekal sejuk mencengkam walaupun sinar mataharinya memancar gagah..

Rumput, gunung and even dia punya semak pun kelihatan cantik..segar..

MasyaAllah syurga dunia.......

Ada la seorang sahabat ni..dia nak gambarkan cantiknya gunung2 kat sana tu, dia kata gunung kat sana tak macam kat Malaysia..gunung dia macam bukit dalam citer Teletubbies tu..smooth..siap boleh golek2 dari atas sampai bawah!

Aku terdiam..terus terdiam bila menyaksikan satu demi satu keindahan alam di bumi Aussie itu..

Otak lantas berfikir..hati berkata-kata..

Mereka diberikan syurga dunia..apa yg mereka mahu, Allah beri sehingga melimpah ruah..

Nak kaya, Allah bagi kaya..

Nak cantik, Allah bagi cantik..

Nak buat sesuka hati, Allah izinkan..

Tak nak sembah Allah, Allah biarkan..

Kerana ia tidak kekal lama..

Mereka sebenarnya sedang bergembira dgn sesuatu yg sementara..

Allah sebenarnya sedang memberi azab kepada mereka..

Ibaratnya mungkin macam ni..

"Kau nak buat apa yg kau suka, buatlah... Aku dah tak pedulikan kau semua wahai manusia2 yg ingkar!"

Allah hai..takutnya..

Kalau mak ayah kita, diorang marah2 kita sebab still sayang kan? Kalau diorang dah malas nak care pasal kita sebab kita degil sangat, apa yg diorang akan buat?

"Ah lantak kau lah nak buat apa.."

Macam tu la Allah buat kat orang2 kafir..

Allah akan membuatkan mereka terus lalai dgn syurga dunia..

Pada mereka, inilah yg memberi kebahagiaan kepada mereka..

Seronok..tipu tak seronok duduk kat negara orang..aku pun kalau boleh tak nak balik, tahu!

Tapi bila fikir balik, syukurlah Malaysia ni Allah tak bagi 4 musim..

Kalau tidak, tak tahu la nak cakap..

Iklim khatulistiwa sekejap sejuk sekejap panas yg sekarang ni pun dah buat org lalai inikan pulak 4 musim!

Namun kini..apabila difikirkan semula..

Apa sebenarnya beza antara Muslim dgn orang kafir?

Di Barat, ada bar..
Malaysia ada jugak..
Tumbuh macam cendawan lepas hujan!

Di Barat ada konsert..
Oh Malaysia pun tak nak kalah..ada jugak!

Di Barat, orang pakai seksi meksi...
Kat Malaysia?
Pakaian tip top..meletup..
Kalah orang Barat!

Kat negara Barat ada gay, lesbian..
Kat Malaysia apa kurangnya..

Lantas dari sudut mananya kita nak kata kita ni orang Islam yg sebenar?

Akidah..iya..akidah kita..
Dengan akidah yg benar dan kepercayaan yg mantap terhadap janji2 Allah, itu yg akan menjadikan kita seorang Muslim sebenar..

Dari akidah yg bersih dan suci serta tidak mempersekutukan Allah dgn yg lain, maka akan lahirlah para ahli ibadah yg khusyuk dan ikhlas..

Dan dengan akidah yg sejahtera inilah, maka kita akan yakin bahawa Allah itu tidak pernah meninggalkan orang2 Islam di dalam kesusahan..

Kini, kita sering lihat orang Islam ditujal2, ditindas, dibakar, dibunuh sesuka hati oleh orang2 yg kufur..

Allah membiarkan mereka kerana apa yg mereka lakukan itu sebenarnya seolah2 mereka sedang menempah kubur mereka sendiri..

Maksudnya di sini adalah, Allah sudah kata bahawa Islam itu akan menang dalam masa terdekat..

Di saat para musuh Allah itu sedang berseronok dgn syurga dunia ini, mereka langsung tidak sedar bahawa Islam sudah semakin hampir kepada kemenangan..

Biarkan mereka..

Yg paling mustahaknya sekarang adalah kita sendiri..

Kita yg menggelarkan diri kita sebagai Muslim ini..

Adakah kita akan termasuk dalam golongan yg memenangkan panji2 Islam itu, atau err termasuk dalam yg lalai tu jugak????

Wallahua'lam..

Bila kita nak insaf kawan2?

NASA dah jumpa dah bentuk trompet seperti yg diceritakan dalam al-Quran..

NASA dah cakap dah yg Matahari satu masa nanti akan terbit dari Barat..

Usia dunia sudah semakin tua..

Fenomena gerhana terjadi dua kali setahun seakan sudah biasa..

Anak derhaka kepada ibu bapa, ah itu fenomena biasa..tak gitu?

10 tahun dulu, masa aku kecik2 kalau tengok berita baby kena buang, alamak ai..kesiannya..

Tapi sekarang ni, berita2 camni orang akan pandang sebelah mata je..

"Alah..bukan anak aku pun.." katanya.

Bencana alam yg dasyat berlaku di mana2 termasuklah Malaysia sendiri..

So rakyat Malaysia, toksah nak berangan dgn hidung kembang kempis nak cakap ayat ni..

"Syukurlah Malaysia masih aman.."

Takde maknanya dah!

Jadilah sebenar2 Muslim itu..kalau memang susah tahap gaban pun nak berubah atau mengubah keadaan sekeliling, cukuplah dgn mengubah diri sendiri dahulu..

Hey brother..hey sister..

Nak masuk syurga ke tidak ni???

*smirk*

Ok..bila dah jadi baik, fikir la pulak..kau nak masuk syurga sorang2 je ke?

Confirm la nak ajak orang2 yg kita sayang kan? Family, mak, abah, atuk, nenek, suami, isteri, adik, abang, kakak..

So memang tak cukuplah kalau sekadar jadi baik sorang2..

Tariklah orang2 sekeliling kita utk jadi baik jugak..

Kan sweet gitu?

Barulah sayang sampai ke Jannah!

As an abid and a caliph, be strong!

Islam memerlukan rijal2 yg kuat semangat dan kuat berusaha..

Kerana bukan syurga dunia yg seharusnya menjadi idaman kita..

Tapi redha Sang Pencipta..

Dan anggaplah syurga itu sebagai bonus daripada Tuhan utk hambaNya yg sabar dan 'berpuasa' dgn keindahan syurga dunia.

^_^


#membebel sambil kunyah Pappa roti di pagi hari..

Comments

Popular Posts