Kenapa senyap sangat?

Soalan paling femes di abad ini untuk saya adalah :


"Kenapa kau penyenyap sangat ni?"

Jawapan :

1. Sebab tak ada yg penting utk dicakap
2. *senyum*

Yang sebenarnya, tiba2 rasa macam dah banyak sangat buat silap.

Lagi banyak words yang keluar dari bibir ni, lagi banyak hati yang nak kena jaga..

Lagi banyak cakap, lagi banyak silap..

Patutlah Islam menyarankan supaya lebih baik diam jika tak mampu berkata perkataan yang baik..

Mujur sahaja dakwah Islam tu melalui pelbagai cara..

Bukan dengan lisan semata2, malah semua yang kita lakukan sepatutnya adalah satu dakwah..

Diamnya seorang pendakwah itu, sepatutnya dia adalah seorang pemikir,mufakir yang hebat..

Dan bersuaranya seorang pendakwah itu seharusnya adalah seorang yang jari',berani..

Lantas bergerak majunya,bekerjanya(amil) seorang pendakwah itu, in sha ALLAH itu yang paling muntij yakni efektif..

#usrah
#apa kabar adik2 ku
#akak kat sini separuh mati rindu kat korang..tahu?

:'(



Comments

Popular Posts