Kau dah tua!


Jam menunjukkan pukul 2.40 petang..

Hujan lebat di luar sana kedengaran semakin lebat..

Angin yg pagi tadj sepoi2 bahasa kini menjadi semakin garang..

Hujan di luar lebat..lebat juga hujan di dalam hati ini..

"Allah..aku ini murabbi yg gagalkah? Kerana aku rasa aku telah gagal mencorak mutarabbiku..sudah 2 bulan masa ku ambil..namun mereka masih jua tidak faham..akukah yg tersilap mendidik mereka?"

Aku seakan menyimpan dendam terhadap 'kau'

"Aku cemburu dengan kau!!!"

Ingin sekali aku mendengar jawapan kau..

Kenapa semua orang suka kat kau?

Kenapa semua orang sayang kau?

Kenapa semua orang tertarik dengan kau????

Jawab..

Jawab sekarang!!!

Lantas 'kau' menjawab..

"Aku tidak bersalah..aku juga makhluk Allah..aku memang dicipta untuk umat manusia.."

Ahh..iya..kau benar..kau tidak bersalah...

*kecewa*

Kau di atas adalah dunia.

Aku di atas adalah seorang hamba Allah dan khalifah yg sedang berduka cita.

Dunia...
Dunia...
Dunia...

Kalau lah seorang lelaki, berumur 199 tahun, tua kerepot sangat2..takde harta pulak tu..dia pergi melamar seorang anak gadis yg umurnya baru 20 tahun..anak orang kaya pulak tu..keturunan baik..keluarganya disanjung tinggi..

Agak2 gadis 20 tahun tu nak terima tak?

99 peratus confirm dia tak nak terima..

Sebab ada yg lebih baik lagi kan..amik yg dah tua kerepot buat apa!

Itu lah dunia..dunia ni dah tua kerepot..

Tapi itulah yg orang kejar..yg orang sayang..yg orang cinta..orang berebut-rebut..

Peringatan dari Sang Pencipta Yang Maha Kuasa tiada siapa ambil peduli..

Aku duduk termenung sendiri..sejak semalam aku hilang selera utk menjamah makanan..badanku tidak berdaya..bangun hanya utk membersihkan diri dan makan ubat..

Kemudian,terpaksa tidur semula..

ALLAH..
Kau kurniakanlah kesabaran kepada aku..

Hmm..aku sedar..seorang murabbi itu adalah seorang ibu..seorang kawan dan seorang guru..

ALLAH..
Sebelum aku menutup mata, ingin sekali aku melihat semua mutarabbiku menjadi lebih baik daripadaku..dan izinkanlah aku untuk melihat mereka menjadi seorang murabbi..

ALLAH..
Sungguh aku sayang mereka..
Ingin sekali aku jumpa mereka di syurga kelak..

Amin..
Ya Rabbal 'alamin..


Comments

Popular Posts