1st November
Alhamdulillah...alhamdulillah..alhamdulillah....
Satu minggu dah berjaya dilalui..
Menantikan kedatangan minggu hadapan yang semestinya lebih mencabar..
Ya Allah..serius dasyat betul lah ujian tahun baru ma'al hijrah kali ni..
Memang Allah betul2 nak ajar aku jadi lebih matang, lebih qowiy..
Tapi malangnya masih banyak kekurangan aku..
Here, my schedule for last week..
Yang depan tu pulak plan yang dah tetap..yang tak tetap masih tak masuk lagi tu..
Oh baru ingat..aduhai..nasib tak terlupa..next week ada 'date' dengan doktor pakar..
'Sibuk dunia' ni memang lawak la..
Ubat pun kekadang tak sempat nak makan..
Habis schedule makan ubat berterabur!
Mana taknya,lepas klas bekejar utk test pulak..habis test buat itu pulak...pastu ini pulak..
Sudahnya, ubat ditinggalkan kesepian dalam laci..haha..padan muka dia..
Lab report ada dua lagi ni..
Look at my dearest lappy..kesiannya kat awak...
Rehat 5- 15 minit pastu dah digunakan lagi..
Sampai bunyi kipas pun dah berubah..merajuk kot sebab penat sangat ea?
Sabar ye..nanti kite hantar awak gi 'spa'..haha..
Minggu ni minggu konvo untuk UTM..
Wahhhh..tak pasti kenapa tapi konvo tahun ni betul2 lain dengan tahun2 lepas..
Ingatkan aku sorang je yang rasa macam tu..rupa2 nya member yang lain pun perasan...UTM cantik
semacam..sampaikan rumput2 pun rapi je jadinya..
Aku syak sebab ada Dr Hazirah tu nak konvo arini kot..
Mesti banyak liputan media ni..
Al-maklumlah..Malaysia Book of Record kot..
Penerima PhD paling muda...
Bestnya..
:)
Tapi kan..bila baca kes bakal penerima anugerah PhD UPM yang meninggal dunia tu, membuatkan aku rasa
lebih sentap..
Allahyarham meninggal akibat kanser..
Allah lebih sayangkan kamu..in sha Allah..
Moga2 sepanjang allahyarham selesaikan PhD tu, arwah niatkan kerana Allah..
PhD yang dibanggakan, yang diusahakan akhirnya tak sempat pun nak dikecapi..
Cuba fikir dalam2..
Kalaulah kita hanya fokus nak grad je, tanpa fikirkan kehidupan selepas mati, apa jadi dengan kita?
Fikirlah...
Ha ni la dia esaimen yang buat kitorang satu kelas macam nak pengsan...
Yang tak dapat tido lain..
Yang aku pulak?
Nak amik pencuci muka, tersapu syampoo..
Nak amik ubat gigi teramik shower foam..
Semua macam dah tak synchronize!
Tapi syukur alhamdulillah..dalam kesibukan dunia yang gila dan serba menggilakan ini, ada seorang sahabat
kata kat aku gini..
"mintak byk2 pd Allah dikuatkn fizikal dan hati,kita mungkin kurang berckp pd Dia sbb sibuk dgn dunia. Takut dgn manusia lebih dr takuti dia barangkali.."
Allah...
Rasa sentap sangat2..
Betul la tu..minggu ni terasa sangat aku macam main aci tarik tali dengan Allah..
Baca maksurat main2..
Bukak al-Quran bila sedih je..
Tak ke menyedihkan tu?
Dah tu jangan tanya kenapa la kalau kau rasa Allah jauh dari kau..
Bukan Allah yang tinggalkan kau..
Tapi kau yang tinggalkan Allah..
Ada faham Siti Hajar Suliman?
Kesibukan telah menjadi neutral bila jumpa dengan bakal ahli syurga bertiga ni..
Ya Allah..serius rasa terubat..
Sesibuk mana pun, Allah tarik lagi untuk terus dekat denganNya...!
:'(
Kemuncak 'sibuk' untuk minggu ini akhirnya berakhir semalam..
Allah tarik hati ini untuk ke rumahNya..
Dan entah kenapa..
Sejak di matrik lagi..
Asal stres je mesti takde tempat lain yang aku cari..
M.A.S.J.I.D
Satu tempat ni yang aku rasa aku jumpa ketenangan yang tiada di tempat lain..
Dan nak tahu apa yang lebih best lagi malam tadi?
Imam baca my favourite verse..
"Maka nikmat Tuhan mana lagi yang kamu dustakan?"
Hah kau..meleleh aku dengar ayat ni..
Rasa macam kena 'flying kick' kuasa 7 megawat dari Allah..
Menangis hati aku..
Kesian kat diri sendiri..
Sebab minggu yang hectic ni aku lalui dengan LELAH..
Sepatutnya aku tukarkan ia menjadi 'LILLAH' !!!
So, jam dah pukul 9.30..
Banyak lagi urusan yang masih belum selesai..
Sebelum tu, let me share about one ayat..
Ayat ni selalu je kita baca tapi mungkin ada yang kurang jelas kot kan..
"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras ( untuk urusan yang lain).."
Sape tau ni ayat dari surah apa?????
Mabrouk..tahniah kepada yang jawab surah as-Syarh atau al-Insyirah..
Dulu aku simply amik ayat ni as
"Okay sekarang aku dah siap hal A...so jom cepat2 siapkan hal B pulak.."
Rupa2 nya ada maksud yang tersembunyi dari ayat ni...
Maksudnya adalah bila dah selesai urusan dunia tu, carilah peluang untuk dekat dengan Allah pulak..
Hakikatnya, berhati-hatilah..
Takut2 tanpa kita sedar, kita sedang 'membuang' Allah dari hati kita..
Na'udzubillahiminzalik..
Terpaksa edit sikit post kali ni..
Terasa subhanallah sangat bila Allah bagi sesuatu yg aku tak pernah terfikir..
One is from my kazen, and one from my beautiful sister..
Terima kasih atas peringatan itu..
Terima kasih ya Allah..
Nikmat Allah yang mana lagi yang belum engkau syukuri Siti Hajar Suliman???
Let's move on..
Ayuh bersyukur..
Wallahua'lam..
"O you who have believed, respond to Allah and to the Messenger when he calls you to that which gives you life. And know that Allah intervenes between a man and his heart and that to Him you will be gathered..."
(Al-Anfal : 24)
Jom refresh kan diri dengan zikrullah
:)
#berlarilah kepada Allah
#jatuh, bangun semula
#peringatan untuk diri yang dah senget 15 degree..
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^