Tinta Tahun Baru

*Prolog*

Dengan menyebut nama Allah..
Yang Maha Penyayang..

Ya Allah..
Sungguh Engkau mengetahui..
Bahawa..
Tahun 1434 hijrah adalah tahun kesedihanku..
Tahun 1435 hijrah pula tahun ujian paling besar untukku..

Maka pada tahun ini..
1436 hijrah..
HambaMu ini berdoa dengan hati yang paling rendah..
Kuatkanlah keimananku..
Perteguhkanlah keyakinanku..
Cekalkanlah diri ini dalam mengharungi ujian dunia..




Aku baru berusia 21 tahun..tapi ayah dan ibu pun tahu..dalam usia semuda ini, macam2 perkara aku dah lalui..sampaikan terkadang mereka yang letih melihat anaknya ini diuji..

*senyum*

Entahlah..dah nama pun manusia, so memang kita akan diuji la kan..
Selagi kita tak meletakkan Allah sebagai tempat rujukan tertinggi, maka selagi itulah kita takkan berasa tenang..

Aku ingat sampai sekarang..
Masa aku rasa dah tak ada harapan nak hidup, aku buntu..
Tak tahu apa nak dibuat..
Buat semua benda, semua rasa serba tak kena..
Rupa-rupanya jawapannya hanyalah kembali kepada Sang Pencipta..

*simple*

Sejak kecik, bila sebut pasal hijrah, yang ada dalam kepala aku adalah Nabi Muhammad berhijrah dengan para sahabat dari Mekah ke Madinah, naik unta, pastu bila sampai Madinah diorang sambut nabi dengan lagu "tola'al badru a'laina" tu..

Pastu bila besar sikit, aku tau la hijrah ni boleh jadi seseorang tu bukan sahaja berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain..tapi boleh juga berhijrah dari keburukan kepada kebaikan..

Ceh..bila dah besar lagi sikit, mula la rasa diri sendiri nak cuba berhijrah..
Dulu rimas sangat pakai tudung, sekarang nak pakai tudung..
Dulu jangan harap nak pakai stoking kaki dan stoking tangan..
Panas wey...rimas..memang tak la berlari 1500m nak pakai stoking tangan kan?
Memang tak la main badminton nak guna baju labuh-labuh kan?
Memang tak la nak kawad kaki guna tudung labuh kan?
Aku rasa stoking dan tudung labuh ni satu halangan yang sangaaaaatttttttt besar untuk hidup aku..

Tapi masa tu takde lah aku rasa berdosa bila semua orang nampak aurat aku..
Takde lah pulak rasa malu kan..
Dan masa tu langsung takde keinginan untuk check balik dan hayati kisah2 hijrah nabi kita dan para sahabat..
Alah..nothing je kan semua tu untuk kita?
Tu kan dah jadi sejarah..
Ayat aku untuk menutup kemalasan tu adalah 

"Deyh...barang lepas usah dikenang.."

Pi gi dahhh..
Aku pun dah kena pengaruh orang-orang Barat..

*ketawakan diri sendiri sekarang*

Sudahlah..
Sampai bila orang Islam nak lupakan sejarah sendiri?
Sampai bila kita nak biarkan musuh-musuh Islam menutup kisah sebenar kita?
Sampai bila kita nak jadi katak di bawah tempurung sampaikan tak tahu bahawa satu masa dulu Islam pernah menakluki dua pertiga dunia?
Dan sampai bila kita nak biar diri kita dijajah musuh2 Islam?

Kasihannya kita..
Kasihan sangat..

*nanges*

Jujur la aku cakap..
Tahun 1436 hijrah ini aku sambut dengan perasaan yang amat berbeza..
Jauh sekali dengan tahun lalu, dan juga sangat la jauh bezanya dengan tahun2 sebelum ini..

Mungkin betul lah..
Patutnya kita dibesarkan dengan sirah junjungan besar nabi kita..
Sepatutnya bed time story kita adalah kisah para sahabat..
Bukannya snowhite,,cinderella,, dan kisah2 dongeng tu..

*tiba2 lagu Bila Waktu Telah Berakhir muncul..*

Okay sambung cerita..
Patutnya kita kena tiru cara orang Yahudi besarkan anak2 diorang..
Tahu apa yang diorang ni buat?
Diorang besarkan anak2 diorang dengan cara begini..
Setiap hari apa yang diajarkan, diterapkan adalah satu je..

"Benci orang Islam!"

Ni la yang terjadi zaman Rasulullah SAW sendiri..
Ikrimah...
Haa tau tak siapa tu Ikrimah?
Ikrimah adalah anak kepada seorang insan yang benci gila kat nabi..
Setiap hari Ikrimah ni dididik agar membenci seorang insan yang namanya Muhammad..
So, bila dah besar, Ikrimah pun benci sangat2 dengan Nabi Muhammad..
Bila ditanya, kenapa sebelum Islam dahulu dia sangat membenci Rasulullah?
Jawapannya kerana ayahnya yang ajar..

See!
Sejarah memang akan berulang..

Tapi ketahuilah bahawa umat Islam sejak dahulu lagi sudah mendidik anak2 mereka dengan Sejarah..
Sebagai contoh paling mudah, kita ambil kata2 Saad bin Abi Waqqas..

"Kami ceritakan kepada anak2 kami Al-Maghazi (kisah-kisah peperangan) sebagaimana kami ajarkan mereka al-Quran.."

Haa...see!
Sejarah tu bukan untuk dilupakan tapi untuk diingati..untuk dijadikan pengajaran..
Supaya kelak kita tak ulang kesilapan yang sama..

Kalau bercerita tentang hijrah ni, sampai habis dakwat pun tak kan habis cerita..
Cramp tangan nak menulis bab hijrah je..

Setiap dari kita pasti ada kisah hijrah masing2..
Jangan risau..
Allah menilai setiap mujahadah kita untuk berubah ke arah kebaikan..
Seluruh penduduk langit itu setiap hari melihat kita..
Yakinlah bahawa kesukaran kita, segala pahit manis yang dilalui itu kelak Allah akan balas di akhirat..

Kalau kini kau diperolok-olokkan, kau ditertawakan, jangan menangis..
Jangan gundah..
Jangan rasa gelisah..
Kerana kita masih punya Allah!

Dan bila seseorang tanya bagaimana kita mahu berubah?
Walhal persekitaran kita sering menarik kita untuk terus kembali ke jahiliyyah kita..

:(

Jawapannya : 

"Innamal a'malu binniyat"

Di situ kita ketemu jawabannya..

Perbetulkan niat kita setiap masa..

Surat yang salah alamat, pasti tidak akan sampai ke tujuan asalnya kan?

Begitu jua hijrah kita..

Jika salah matlamat di awalnya, maka pengakhirannya jua tidak akan sempurna..

Ayuh berubah..

Ayuh kenal diri sendiri..

Ayuh bina matlamat diri yang lebih jelas..

Kerana kelak kita hanya akan kembali kepada Yang Satu..

Yakni Allah SWT..










*Epilog*



"Apa azam tahun baru?"


"Wanna be a better person!"



"Better je? How?"



"Menjadi sebenar2 abid dan khalifah..in sha Allah.."



"Ya Allah..sekiranya hidup itu lebih baik untukku, maka Kau hidupkanlah aku dalam ketaatan kepadaMu dan RasulMu.."

"Dan sekiranya mati itu lebih baik untukku Ya Allah, matikanlah aku dalam keadaan iman paling tinggi terhadapMu dan Rasulmu.."





Jom tengok short movie!

Selamat menonton..

:)



Salam maal hijrah!!!

Moga kita dikuatkan iman untuk terus berhijrah..

:)








Kosa kata : Maksud hijrah

Istilah bebudak sekolah :  Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. 
                                      Contoh : Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah.

Istilah bahasa Arab   :  meninggalkan, menjauhkan diri dan berpindah tempat

Skema budak SPM : "hijrah dari segi istilah...bla..bla..bla..dari segi bahasa...bla..bla..."

Hadis 1 Imam Nawawi :
“Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya, atau kerana perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.”  (HR Bukhari dan Muslim)  

Bahasa mudah            : Berubah ke arah yang lebih baik        





Comments

Popular Posts