Kanser versus....

Bismillahirrahmannirrahim..

Sihatkah?
Iman anda bagaimana?
(Ok jawab sengsorang..anda sendiri tahu condition diri anda..)

Hm..lawak pulak pagi ni..punya la beria siap nak gi kelas..pastu macam pelik bila tgk rumate mcm rilek je..

"Allah..mana ada kelas pagi ni.."

Wahaha..Allah Maha Mengetahui..aku baru nak gi klinik mintak MC arini sbb tak bape sihat..so kelas cancel,klinik pun cancel..meleret je senyum pagi ni...

Kanser versus apa tu?
Ha ce teka..

Now, i'm imagine something..

Ok..jom sama2 kita bayangkan situasi ni..

Ada seseorang dia baru keluar dari hospital..pastu muka dia sedih sangat2..macam muka org dah takde harapan hidup la senang kata!



Oh..rupa2 nya doktor baru sahkan dia menghidap kanser..tahap 4 pulak tu!
Dan org itu adalah diri korang sendiri!


(Naudzubillahiminzalik..)

Ok..dah habis imagine dah..?

And now what is your feeling?

Syabas la saya ucapkan kalau ada yg mampu jawab

"Feeling good!"

Mesti la terkejut..sedih..kiciwa..rasa dunia dah gelap..kan..kan..kan..?

Tapi nak tau tak?
Bahawa sesungguhnya ada yg lebih menakutkan daripada itu..
Tapi tak ramai pun yg sedar pasal penyakit ni..

Bak kata murabbi saya, org kita ni dimomokkan oleh omputeh bahawa penyakit skizo tu bahaya..kanser itu membunuh..bla..bla..bla..

Tapi org tak aware pun pasal sakit2 macam hasad, dengki, irihati, and etc..

Sakit2 yg dalaman ni kita tak pernah specify kan..apa simptom2 dia, apa ubat dia, cara nak detect simptom2 dia..sampai la bila dah melarat, akhirnya akan menghancurkan individu dan umat sejagat..!

Ok..saya nak ajak anda imagine lagi..

:)

Cuba bayangkan..anda pergi ke satu klinik..
Lantas doktor pun check..doktor tanya apa tanda2 yg anda rasa..tak lama pastu doktor sahkan bahawa anda menghidap satu penyakit..nama penyakit itu adalah penyakit "Wahan"...dah stage 4!

Haaa...apa perasaan sekarang?

"Eh pi gi daa doktor ni..penyakit pekebenda pulak tu ha? Doktor ni nak main2 dgn aku ni..."

Hmm..aku betul2 mengharapkan satu masa nanti, bila Islam sudah tertegak, sakit2 begini lah yg akan ditekankan..hmm..

Tertanya2 apa itu penyakit Wahan?

First time dengar?

Anda tak pernah dengar sebelum ni?

Ok jangan down..takpe..dahulu, para sahabat Nabi pun berasa tertanya2..mereka pun mahu tahu apa itu Wahan..mari saya kongsi..


Daripada Tsauban R.A berkata: Rasulullah s.a.w bersabda:

'Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka"

maka salah seorang sahabat bertanya,"apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?'

Nabi s.a.w menjawab, "bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit wahan"

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w menjawab,

CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT MATI"

Ia..itu lah dia penyakit Wahan..

Realiti umat Islam sekarang..

Berapa ramai yg takut utk mati sekarang ni?

Berapa ramai yg takut nak tinggalkan harta dia kalau dia mati kelak?

Dan lebih teruk lagi, berapa ramai yg tengah tak sedar bahawa dia akan mati satu masa nanti..

Suka utk aku pinjam kata2 Abdullah Ibnu Rawahah..



Bukan senang nak buang penyakit ni..
Sebab hati kita masih terikat dgn keindahan dunia..
Dunia tu penting..tak dinafikan..
Dunialah tempat kita mengumpul pahala dan beramal..
Duit tu penting..anak2 tu penting..pangkat tu pun boleh dikata penting jugak..
Penting la..org Islam kena kaya..baru la dapat membantu mereka yg kekurangan..
Umat Islam perlu ada yg berpangkat..berjawatan..kerana itu salah satu 'alat' yg penting utk mencegah maksiat kemungkaran..iaitu mereka ini dapat mencegah kemungkaran menggunakan 'tangan'..

Tapi Allah tak suruh hambaNya sampai mencintai semua ini..sebab semua ni bersifat tak kekal..

Setiap yg bernyawa pasti akan merasai mati..

Kita sering diingatkan dgn ayat Allah..

Belum sampaikah masa utk kita benar2 mengingati Allah dan patuh pada perintahNya? Allah nak kata dalam ayat 16 Surah Al Hadid ni, kita ni nak jadi macam umat2 sebelum ni ke? Umat2 yg degil..tak nak ikut apa yg Allah suruh..tak nak dengar apa yg Rasul mereka sampaikan..

Asbabun nuzul (sebab) ayat ni diturunkan pun adalah teguran buat sahabat2 nabi yg ketika itu saling ketawa dan suka bergurau secara berlebihan..

Wahan..
Wahan..
Wahan..

Wahai!

:(

Ni la antara salah satu sebab org kafir dah tak takut dgn org Islam..
Ni la punca kenapa org Islam mudah sekali dipermainkan..
Ni la sebabnya kenapa org Islam tak lagi digeruni..

Ni baru satu penyakit yg Nabi highlight kan..belum citer tentang penyakit berbahaya yg lain..huhu

Let me share about Pompei..
Tau apa tu?
Pompei adalah suatu kota besar yg sangat maju dari segi peradaban namun malangnya sangat mundur dari segi moral dan agama..

Kehilangan kota ini dari peta dan permukaan Bumi adalah kerana sikap manusia yg lupa kepada Pencipta..
Seram kalau baca kisah sebenar mengenai kota ni..
Boleh la kalau nak search sendiri..
Moga mendapat ibrah..



Jadi?
Erm...jom la..
Ayuh la..
Kembali kepada Dia...
Bersihkan hati dari apa2 kecintaan terhadap dunia..
(Gaya cakap bajet mcm senang je kan hajar oi..tipu kalau cakap senang..)
Sikit2 lah..
Pepatah org veteran sikit2 lama2 jadi bukit..
Tak ke gitu?

:)

Sungguh yg menulis ini lagi la takut..
Kerana setiap patah perkataan ni menjadi saksi kat akhirat kelak..!!!

"Wahai orang2 yg beriman.Mengapa kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yg tidak kamu kerjakan.."

(As-Saff : 2,3)

Ok takut!
Chow dulu..
Wallahua'lam..

#sorok bawah meja sebab down dengan ayat ni. :'(






Comments

Popular Posts