Muhasabah Time!
Bismillahirrahmannirrahim
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
It's raining outside there..
Hujan..membawa manfaat yg infiniti...namun hanya buat mereka yg mengerti...
~hakikat bahagia,piano version is playing~
Hakikatnya bahagia itu suatu ketenangan..
Tapi ketenangan yg bagaimana?
Adakah dapat menghabiskan movie berpuluh2 siri itu adalah ketenangan?
Atau adakah dgn keluar berfoya2 shopping dapat bagi ketenangan?
Atau pergi bercuti ke Melbourne selama 8 hari 7 malam itu suatu ketenangan?
~krik~~~krik~~~krik~
Ketenangan adalah subjektif..
Tapi utk menjadikan ia spesifik, maka segalanya berbalik kepada pengembalian ke tahap equilibrium..
Ke tahap yg sebenarnya..kita letakkan kembali kepada yg sepatutnya..
Tak faham?
:)
Analoginya begini..
Spring yg diregangkan adalah tak stabil..it tends to go back to its original position...
Seorang yg dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan, lalu bekerja di Johor..percayalah..akhirnya dia pasti akan berusaha jugak utk kembali ke negeri asalnya..
So,same goes to us..human..
Asalnya kita adalah dari Dia..
Lalu setelah dilahirkan,maka tinggallah ia di dunia..
Dunia yg penuh dgn warna..dan takkan lepas dari diduga..
Walau apa jua berbezanya ceritera kita di dunia, akhirnya kepada Dia kita akan kembali..
Di situ lah...di sisi Dia lah sebaik-baik tempat kembali..
Benar pepatah pujangga..
Tak kenal maka tak cinta..
Sudah cukupkah kita mengenali Allah?
Sudah cukupkah kita mencari keredhaan ALLAH?
Masih adakah ruang untuk kita mengenali Dia?
Andai kita kata kita cinta, mana buktinya?
Hakikat seorang manusia..manusia itu sesuai dengan namanya 'insan'..
Kita cepat terlupa..
Kita lupa kepada Pencipta kita..
Kita lalai dgn tugas sebenar kita..
Kita buat endah tak endah sahaja bila Allah memanggil kita supaya datang dekat kepadaNya..
Lantas itukah makna cinta?
Cinta itu bukan sekadar lafaz..
Cinta perlu setia..
Cinta perlukan pengobanan..
Cinta perlukan bukti..
Ahh..aku juga manusia..
Aku juga mudah lupa..
Aku jua terkadang alpa..
Baru sedikit dipuji sudah terngadah..
Baru sedikit diuji sudah mengalah..
Jika diingat, berapa kali je air mata ni jatuh kerana sesalan?
Bila kali terakhir aku benar2 mengahayati pembacaan al-Quran aku?
Bila kali terakhir solat taubatku?
Kalau manusia, ditinggalkan kekasihnya sahaja sudah hidup menderita..
Kalau manusia, kekasihnya curang di depan mata sahaja amarahnya sudah bermaharajalela..
Inikan pula Tuhan kita?
Apa kamu fikir Tuhan itu tidak punya rasa cemburu sama kamu?
Apa kamu fikir Tuhan itu tidak sayang sama kamu?
Apa kamu fikir Tuhan itu pantas meninggalkan kamu begitu sahaja?
Allah itu..
Tidak pernah meninggalkan hambaNya..
Malahan yg lebih memalukan, hambaNya pula yg melupakanNya..
HambaNya pula yg meninggalkanNya..
Malu..aku malu..
Masakan bisa aku meninggalkan Dia?
Dia yg ternyata adalah kekasih yg paling setia..
Dia yg sering menyirami kita dgn pelbagai karunia..
Dia yg tak putus2 memberi rahmat kepada kita..
Aku termalu sendiri..
Aku menduakan Dia dgn dunia..
Ternyata..akulah kekasih yg paling tak setia!
Masih aku ingat..
Ketika aku gembira, aku menyanyi riang..
Serasa seperti dunia milik kita semuanya..
Namun..
Bila sahaja sedikit ujian menerpa, aku mula mengeluh..
Malahan Dia pula yg dipersalahkan..
"Ahh Tuhan..Engkau tidak adil terhadapku! Kau beri aku yg begini, sedangkan dia Kau berikan yg begitu.."
Aku termalu lagi..
Dulu aku begitu..
Lupa serta tidak tahu malu..
Namun Dia benar2 kekasih yg setia..
Dia setia menunggu..
Dia sentiasa menanti hambaNya yg diuji untuk kembali kepadaNya..
Sahabat..
Di saat ini, jika kau rasa kau seperti dizalimi, tidak..!
Dia tidak akan sekali2 menzalimi hambaNya..
Ketahuilah bahawa kau tidak pernah berseorangan..
Sahabat..
Pernahkah ketika kau kecil, kau melakukan kesilapan terhadap ibumu?
Lantas kau ketakutan utk berhadapan dengan ibumu?
Kau berasa takut akan disisihkan oleh ibumu?
Namun akhirnya, ibumu akan memujukmu..
Ibumu akan memelukmu lantas mengatakan bahawa dia telah memaafkanmu..
Baik bukan?
Itulah kasih seorang ibu..!
Dan ketahuilah sahabat..
Bahawa kasihnya seorang Khaliq terhadap makhlukNya adalah lebih daripada itu..
Tiada taranya..
Oleh kerana itu..
Dia sentiasa membuka pintu taubat buat kita..
Dia sentiasa membelai kita dgn ayat-ayatNya..
Jangan bersedih..
Jangan bersedih jika dunia menyisihkan kita..
Jangan bersedih jika kita hilang harta..
Jangan bersedih jika dikecewakan cinta si dia..
Tapi yg lebih perlu kau sedihkan adalah ketika DIA YANG MULA MENJAUHI DARI KITA..
Maka..
Bermuhasabahlah..
Kita memang akan buat silap..
Tapi silap itu sebagai pengajaran..
Kerana seorang mukmin takkan jatuh ke dalam lubang yg sama dua kali..
Bangkitlah..
Contohilah para sahabat..
Kekuatan mereka utk berjuang adalah kerana cinta terhadap Yang Esa..
Islam sudah semakin asing..
Lantas kita mahu termasuk dalam golongan yg asing itu atau kita mahu menjadi golongan lain yg menjadikan ia asing?
Itu pilihan kita..
Ingatlah wahai abid..
Ingatlah..kau juga adalah seorang khalifah..
Pegang erat kedua tanggungjawab itu ke pundakmu..
Lantas kejarlah redha Dia segagah-gagahnya..
Kerana hidayah itu mungkin hanya sekali sahaja sapaannya..
Dan boleh jadi jika terlambat, ia akan pergi begitu sahaja..
Doaku buatmu sahabat, agar kau dan aku terus cekal..
Sebagaimana cekalnya baginda Rasulullah SAW menegakkan syiar Islam di seantero dunia, begitu cekalnya juga kita untuk terus bermujahadah memperbaiki diri dan umat..
Azan magrib sedang berkumandang..
Tuhan kata selesaikan segala masalah dgn solat dan sabar..
Jom berusaha kejar cintaNya..
Selamat bercinta!
:)
Wallahua'lam...
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^