SYAIR MAWAR MERAH





(bahar rajaz)

Hai gejolak rindu dan perasaan
Dalam satu impian dan harapan
Aku hanya mampu melukiskan
Tapi kenyataan datang dari penentuan
Walau sehari kugapai semua ini
Penuh pengalaman mengisi hari
Nasib kuserah pada yang Satu
Bukan milik aku tanpa restuMu
Terkadang perjalanan begitu jauh
Takkan pernah kulabuhkan sauh
Biarlah dunia terus beredar
Muda pun kian menjadi pudar
Menempuh tua bersama cinta
Husnul khatimah itu yang dicita
Awan berlalu berganti masa
Mentari terik bagai tak terasa
Manis senyuman memukau aku
Duhai mawar yang tak pernah layu
Batinku terus diulit rindu
Walau zahirku dipagar sendu
Sendiri aku terus diransang
Merintih dari padang yang gersang
Tenggelam aku dalam mimpiku
Ke langit indah yang sedang biru
Dakap erat mendamba kasih
Mengecap nikmat penuh berkasih
Segar wangian menusuk qalbu
Menanti aku dalam nantimu
NOTA : Maksud syair ini adalah : Sebahagian sufi menganggap bahawa Bunga Mawar adalah lambang wangian dan kasih Rasululllah ﷺ . Ia terjadi dari titisan peluh Baginda Nabi ﷺ yg wangi. Merindui Baginda ﷺ adalah keuntungan yg besar bagi umatnya di akhir zaman. Cinta Nabi ﷺ kpd umatnya tak pernah jemu. Rindu Nabi ﷺ terhadap umatnya pula tak pernah layu. Cintailah Rasulullah ﷺ sekehendak kita, kasihilah semampu kita, turutilah jejak langkah dan tuntunannya sedaya upaya kita. Siapa yg dapat cintai Rasul, itu petanda Allah memberinya kebaikan dan kesempurnaan. Habuan pecinta adalah rindu. Mahar perindu adalah penyeksaan batin. Batin yg terseksa dek cinta membuatkan kita pekak dan buta. Batin yg terseksa dek rindu akan hilang dibawa impian. Hidupkan batin kita bersama sunnahnya. Walau zahir kita tak sempat bersua bersama jasadnya. Sebelum kita mengharapkan syafaat Baginda ﷺ , Baginda ﷺ sudah terlebih dahulu nak memberikan syafaatnya kpd umatnya. Allah.. jadikanlah kami pecinta kekasihMu.. Ameen..

Comments

Popular Posts