Aku
Dengan memuji namaMu ya Rabb..
Aku memulakan tinta ini..
Feeling macam nak taip citer pasal luahan hati dan perasaan pulak!
Kalau ikutkan hati, tak berapa minat untuk tulis pasal diri..sebab rasa macam "kejam giler weyh..banyak lagi ilmu Allah yg nak disampaikan..rasa mcm jual ikan (baca : selfish) sangat bila sibuk cerita pasal diri..
Tapi nak share jugak!
Aku..
Tajuk pilihan yg diilhamkan utk post ini..
First of all, i would like to introduce two VVVIP(baca : very very veryyyy important person) in my life..ofcoz la my ayah and ibu..
En Suliman dan Puan Hapiza..
Kasih ayah dan kasih ibu membawa ke syurga in sha Allah..
Tak mau la citer banyak pasal mereka..nak kenal, jemputlah ziarah ke rumah..haha
Kalau takde ayah dan ibu, takde lah aku..
(Itu logiknya la)
Ayah ni orangnya tegas, sangat dedikasi, mempunyai sifat kepimpinan yg tinggi, positif, optimis, dan suka buat lawak!
Ibu pula lebih garang, tunjukkan kasih sayang dalam cara yg tersendiri, sangat susah nak faham ibu!
Dari diskripsi kat atas pun agaknya orang dah boleh agak yg aku lebih rapat dengan ayah..
Yup..sedikit sebanyak ada jugak la gen2 karakter ayah dan ibu yg 'termasuk' kat dalam diri aku..hihi..
Aku nak bukak kisah aku pulak..
Sejak kecik, aku dibesarkan dengan buku..
Yup..ini serius..
Aku tak ingat bape banyak buku yg aku dah baca semenjak aku start pandai baca..
My first book is a book about animals..
Buku tu ayah beli utk aku..bila ayah ada, ayah yg ajar aku..bila ayah gi kerja, ibu yg akan ajar..
Buku tu bahasa Inggeris..
Ingat lagi nama2 pelik yg aku kena baca setiap hari..
"Aligator, armadilo, so and so..until zebra.."
Masa birthday aku yg ke berapa ntah, 4 tahun or 5 tahun..ayah hadiahkan set meja belajar..ada tulisan ABC atas tu..dgn meja tu, lagi semangat aku belajar membaca..
Satgi sampai je turn adik no 2 aku lahir, jahanam semua benda..haha..sabar je la kan..sayang adik punya pasal, takpela rosak..
Thing that i want to highlight here is the way i was being taught by my parents..
Nak ceritanya kat sini, mak ayah aku bukanlah kerja sebagai pensyarah ke, doktor ke, insinyur ke kan..tapi alhamdulillah..Allah bagi ilham kepada mereka utk membesarkan aku dgn budaya membaca..
Ada satu benda yg aku terharu..ayah reveal benda ni selepas aku 20 hidup kat dunia..
Ayah kata, masa aku nak lahir dulu, ayah dgn ibu banyak jumpa ustaz2..tanya itu ini..dan part yg paling terharu tahap Giga adalah bila ayah kata time ibu mengandungkan aku dulu la ayah paling banyak baca Quran utk aku..
*nak nanges*
Bila aku mula menginjak usia 10 tahun, banyak jawatan yg aku dapat..
Semakin besar, semakin banyak jawatan yg di offer utk aku..
Pengerusi itu lah, pengerusi inilah..
(Sebab tu la kurus..tak sempat nak makan banyak mcm org lain..haha)
See..ada thread ayah yg sangat obvious kat situ..hii..
But, since i join this tarbiyah, secara perlahan2 Allah mula memperlahankan keaktifan aku..
Dari seorang yg suka pegang jawatan, kpd orang yg tak hirau jawatan.
Dari seorang yg byk membebel, kpd orang yg suka kurangkan bercakap.
Eh banyak lah beza dia.
Mungkin orang tak nampak..
Tapi ayah dan ibu yg membesarkan aku, diorang sedar ada yg berubah kat anak sulung diorang ni..
Aku dah tua..
Dah tua2 ni baru Allah campak hidayah dalam hati..
Bila hati aku diberi secebis hidayah utk bukak kisah sirah Nabawiyyah, di situ aku mula menyingkap kembali kisah2 silamku..
"Kenapa aku dulu dapat benda ni?"
"Macam mana boleh jadik mcm tu?"
"Eh tapi kenapa boleh jadik macam ni?"
Dan banyak lagi soalan yg berlegar2 dalam fikiran ni.
Akhirnya Allah jawab.
If I ask you..
"Kenapa ada Rasulullah SAW utk umat nabi Muhammad?"
Long3(banyak long dia tu ok) time ago, i didn't have idea..
Tapi sekarang ni baru aku tahu.
Ya ALLAH..rupa2 nya kalau setiap dari kita, semak balik kehidupan kita dari zaman dahulu kala, sampai la hari ni, sebenarnya ia akan seolah2 menyerupai perjalanan hidup junjungan besar nabi kita!
Eh tak percaya ke?
Bukan la semua..kan dah bagitau kat atas tu..SEOLAH-OLAH sahaja.
Benda paling common adalah meh kita tengok satu contoh.
Nabi Muhammad SAW..ayahnya dan ibunya meninggal dunia awal kan? Lepas tu seorang demi seorang ahli keluarganya meninggal..setiap antara mereka hanya akan diambil Allah apabila 'peranan' watak mereka dalam kisah hidup nabi dah tamat.
Still don't get it?
Contohnya..ayahnya meninggal setelah isterinya mengandung..ibu nabi meninggal setelah nabi besar sedikit..datuk, pak cik, isterinya, semuanya hanyalah Allah cipta sebentar sahaja..dan akhirnya kita dapat lihat, apabila tugas baginda sendiri sebagai nabi terakhir sudah selesai, Allah 'menarik' nya kembali kepada sisiNya.
Setiap peristiwa tu, ada makna tersirat yg perlu kita fikir sebenarnya.
Kenapa nabi kena bela kambing, kenapa nabi dibesarkan oleh ibu susuan di kampung terpencil, kenapa nabi kena ikut berniaga ke Syam, kenapa nabi kena sampaikan dakwah, kenapa nabi dapat al-Quran, kenapa..dan banyak lagi kenapa..
Kerana yg sebenarnya setiap kisah perjalanan baginda Rasulullah SAW adalah panduan utk hidup kita..yakni umatnya.
Persediaan baginda untuk menjadi nabi terakhir bukanlah biasa2..Allah telah menyediakan satu kisah yg cukup cantik..start dari Nabi Ibrahim lagi..keturunannya adalah keturunan yg paling mulia..
Nak cerita memang takkan habis..
Boleh rujuk kisah2 ini di dalam buku Raheeq Makhtum..
:)
Belajarlah fiqh Seerah..
Dari situ, kalian akan tahu kenapa kita PERLU belajar sirah nabi..
Dan kerana itu lah aku nak buat ala2 throwback malam ni.
Sebab satu ketika dulu akak useroh aku pernah suruh aku buat benda ni..
Compare kisah hidup nabi, dgn timeline hidup kita..
Bila check dgn teliti, aku dapat jumpa satu benda yg menarik.
Baru la boleh relate kenapa sejak kecik, Allah susun jalan hidup aku macam tu dan macam ni..
"Kenapa la aku ni ayah paksa utk membaca?"
"Kenapa la aku dibesarkan oleh nenek kat kampung?"
"Kenapa la sejak kecik aku asik kena lantik jadi itu dan ini?"
"Kenapa aku kena sekolah kat banyak tempat?"
"Kenapa aku ditemukan dengan manusia itu dan ini?"
"Kenapa la sejak kecik aku kena masuk pertandingan itu dan ini?"
"Kenapa la aku boleh masuk u ni?"
"Dan kenapa la aku tahu semua ni?"
Yg soalan first sampai second last tu biarlah aku dan ALLAH je yg tahu..
Tapi soalan yg last tu.
Bila aku dah tahu, aku kena la share dgn orang lain.
Kawan2..
Cuba check timeline hidup kalian.
Unik bukan?
Fikir pulak apa hasilnya sehingga ke hari ini?
Sebenarnya setiap dari kita telah dipilih Allah utk menjadi seorang hambaNya dan khalifahNya di muka bumi ini.
Kita semua adalah calon pilihan.
Pemilihan kita utk 'menginap' kat dunia ni bukan saja2.
Babe, sejak dalam perut lagi kita dah berjanji dgn ALLAH..huhu.
Tapi bila 'nampak' dunia, kita lupa.
Kita lupa janji.
Kita mungkir janji mungkin?
Aduhai!
Allah..
Timeline hidup kita dah disusun oleh Allah dgn sangat teliti..
"Verily all things have We created in proportion and measure.."
(Al-Qamar : 49)
Proportion and measure..tu maknanya teliti sangat2.
Korang pernah buat kek tak?
Kek ni sangat sensitif tau..buat kek ni kena teliti..dia punya kandungan bahan2 kena in right proportion..kalau silap, akan jadi bantat..senang citer kek tu tak jadi!
See..nak buat kek pun kena teliti..
Bayangkan betapa hebatnya Allah tu..Dia boleh cipta manusia?
Hebatnya Allah tu Dia boleh cipta cap jari yg berbeza utk setiap makhlukNya..
Maha Teliti kan Allah?
Timeline hidup kita dicipta dengan penuh seni!
Subhanallah
Ketika ini anda sedang baca ayat ni pun Allah dah tulis siap2 tahu!
Anda sedang pakai baju warna apa, duduk atas kerusi apa, pada jam dan saat yg keberapa anda membaca sekarang ni pun Allah dah tulis..
Scary tak?
So apa motif saya tulis post kali ni?
Sahabat, Allah mencipta kita bukan sesaje..
Bukan main2..dan kita tak dicipta utk bermain2..
Allahu!
Down dengan ayat sendiri..
:'(
O an abid and caliph, have u ever thought about this before?
Pernah terfikir tak yg kita ni ada kat bumi ni utk buat apa?
Nak tahu tak, pernah satu ketika bila aku duduk sorang2, aku cubit pipi sendiri kuat2..
Sebabnya nak pastikan, aku ni betul2 hidup ke?
Pastu aku pernah persoalkan..
"Kenapa aku ada eh?"
Dan sekarang aku peroleh jawapan..
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka BERIBADAH kepadaKu.."
(Az-Zariyat : 56)
"...Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.."
(Al-Baqarah : 30)
Di situ tersirat dua tujuan Allah ciptakan manusia..
1. Hamba Allah
2. Khalifah
See..besar peranan kita kan?
:)
Sebab tu la kena hidup dengan cara hidup yg Islam dah ajar..
Kalau tak tahu, wajib belajar.
Nak2 pulak dalam zaman teknologi yg maju tahap Tera ni.
Internet di hujung jari.
Tenaga pengajar utk agama ramai.
Takde alasan untuk kita tak belajar melainkan memang kita sendiri yg tak nak belajar.
Janganlah salahkan ayah dan ibu jika mereka tak besarkan kita dgn cara hidup Islam sebenar.
Malah kita sepatutnya bersyukur.
Dalam zaman kita ni, ramai orang dah sedar yg tutup aurat tu wajib.
Ramai ibu bapa yg tahu bahawa ajar anak2 ilmu agama tu wajib.
Zaman kita ni, banyak sumber2 ilmu.
Zaman dulu, sangat terhad!
Kalau pakai tudung pun dah ok sangat dah tu.
Dan satu hal yg aku nak korang fikir.
Aku assume kita semua adalah in sha Allah baik2 semuanya.
Possible tak kalau aku kata kita jadik baik macam ni disebabkan doa2 orang terdahulu sebelum kita?
Possible tak kalau aku kata kita mampu utk pakai tudung or faham agama ni disebabkan nenek dan moyang kita yg satu ketika dulu mintak doa kat Allah supaya bagi mereka keturunan yg faham agama?
Bagi aku, itu adalah possible.
Tak yah tengok jauh la.
Kita ni berasal dari keturunan nabi Ibrahim kan?
Pernah tahu tak apa doa nabi Ibrahim satu ketika dulu?
"Dan ingatlah, ketika Ibrahim berdoa, Ya Tuhan, jadikanlah negeri ini ,negeri yang aman, dan jauhkanlah aku beserta ANAK CUCUKU agar tidak menyembah berhala.."
"Ya Tuhanku, jadikanlah aku DAN ANAK CUCUKU orang yang tetap melaksanakan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.."
Hanya dengan dua doa ni je, boleh buat aku terharu.
Sebenarnya ada beberapa doa lagi yg nabi Ibrahim mintak kat Allah..tapi aku hanya highlight dua sahaja..
Betapa beruntungnya la kita jadi umat nabi Muhammad..
Dapat doa dari nabi Ibrahim.
Masya ALLAH..
Mudah2 an kita akan tersedar dari terus terlarut dengan keindahan dunia yg menipu.
Semoga kita diberi hidayah utk sedar akan tanggungjawab sebenar sebelum terlambat.
Moga Allah redha dgn setiap usaha kita utk terus mengenalNya.
Moga Allah redha dgn setiap langkah kita utk kejar redhaNya.
#saksikanlah bahawa aku sudah sampaikan apa yg aku ketahui!
#jika ada silap, mohon ditegur dgn penuh hikmah.
#tajuk paling pendek, tapi isi paling panjang
:)
Wallahua'lam..
Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^