Ibu





Senyum

Ok senyum lagi

Eh tak habis lagi senyum

Hehe

Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdulillah.

Nak tahu tak?

Hari ni kan, Allah bagi saya rasa happy sikit.

Dari siang tadi.

Saya memang semangat bangun pagi2 sebab nak gi kelas.Pastu madam bagitau last minute, kelas cancel.

Saya semangat sambung nak buat kerja.

So, i've started doing it.But, only for a few minutes.

My headache started again. And i can do nothing. I just can sleep rather than eat my pills.

So, i took a nap. Konon la ,'a nap' kan. Sekali saya tersedar dah pukul 12. Hafa pun dah gi kelas. Blok senyap sunyi.

Sisa2 sakit kepala saya masih ada. But it is better than before.

Entah kenapa, sekarang ni selalu pulak sakit kepala tiba2. Sakit yang amat sangat.

Satu lagi yang pelik, saya cepat letih. Kalau sebelum ni,saya tidur dua jam je dah sangat cukup memandangkan saya bukan jenis yang suka tidur lama. Tapi sekarang ni, tidur sampai 4 jam tanpa sedar. Hua..dasyat amat tu!

Nak dijadikan cerita, ibu call tengahari tu. Syukur la ibu call waktu saya dah bangun. Kalau tak, confirm kantoi yang saya tengah tak sihat.

Rupa2 nya ibu nak datang ziarah. Ha see..!!!

Saya tak beritahu pun saya tak sihat, tapi gerak hati ibu ni adeh. Tak boleh nak tipu.

Pastu ibu tanya nak beli air apa.

Saya cakap la hot choc cadbury.

Tapi ibu kata takde. Yang ibu nampak milo je.

Uhuk..tersedak 5 saat.milo?

"Err..boleh je la bu..apa2 je la yang ada depan mata ibu tau.."

Boikot milo!!!! Nestle tu!!!!!

Tapi kesian pulak kat ibu nak berdiri, cari satu econsave tu my hot choc tu.

Satgi, lepas saya cakap camtu kat ibu, call pun dimatikan. Saya duk fikir punya fikir. Ala..apa saya nak jawab nanti ni. Nak minum milo hajar? Biar betul. Tapi takpelah. Saya terpaksa cakap macam tu sebab terpaksa. Kesian kat ibu.

Dalam 15 minit lepas tu, saya call ibu.

And you know what? Ibu kata ibu belikan along air dutchlady.

Wah...time tu rasa macam nak nangis sekejap. Allah memang menyelamatkan saya dari minum produk Israel tu. Alhamdulillah.

Ok pastu ibu kata nak datang kul 3.30.

Tapi saya cakap kelas biasanya lecturer tu memang akan extend sampai 3.30 walaupun jadual sebenar hanya sampai 2.50 petang.

So ibu pun gerak kul 2 lebih dari tempat kerja.

Satgi, saya yang kat kelas ni terkejut betul.
Baik hati pulak Dr lepaskan kitorang pukul 2.54 petang.

See...Allah ni baik betul la.

So, pulanglah saya ke bilik dengan senang hatinya.

Tak lama lepas tu ibu pun sampai.

Ibu tak nak lama sebenarnya.

Tapi silap orang la ibu. Ibu tau kan anak ibu ni takkan bagi kalau ibu nak balik terus? Hihi.

So saya suruh ibu rehat sat, baring2 dulu kat bilik. Ibu masuk je bilik, terus saya mintak kunci kereta.

"Ibu. Along nak gi isi air sekejap ea. "

Ibu tak dapat nak kata apa dah. Tau je anak dia ni nakal overdose. Haha.

Ibu hanya sempat cakap,

"Nak hujan tu long."

Betul sangat!

Elok2 je saya keluar, nak gi ke kereta tu, hujan lebat nya masya Allah. Habis lencun kain, stoking yang saya pakai.

Dah siap isi air, hujan makin lebat.

Nak undur kereta, satgi saya nampak bas pakcik 'terima kasih' kat belakang.

Maka dengan sepantas kilatnya, saya guna segala skil yang ada untuk undurkan kereta tu, turun dari bukit kecil tu slow2, then terus pecut balik blok.

Sampai kat bilik ibu bebel.

"Kan ibu dah bagitahu nak hujan lebat."

"Ok tak bawak kereta tadi?"

Ahah..u know me well ibu.Along kan terkenal dengan skil bawak kereta yang paling selamat dalam dunia. Haha. Ok nak gelak lagi. Tak boleh nak tipu ibu.

Pastu, ibu dah nak balik. Err..dalam hati sebenarnya nak ajak ibu solat berjemaah.

"Ibu....tunggu la sekejap..."

"Tapi ibu nak cepat ni long.Nanti saing dengan ayah pulak sampai rumah.."

Nak cakap apa lagi eh?

"Ibu..ni belum azan lagi ni..Lagi 5 minit je dah nak azan ni..nanti ibu keluar sampai kat pintu pagar UTM tu confirm dah azan..kan..kan?"

Ibu senyap je. Risau agaknya. Takut ayah bising.

"Ibu..please..sekejap tau..tunggu sekejap tau..along mandi sekejap..tadi dah kena hujan..dah la along tengah demam ni.."

Buat muka kesian.....

"Eh tak nak lah..along mandi lama.."

"Eh takkkk..demi ibu, along akan mandi dengan cepat sangat kali ni..betul bu..tunggu tau!"

Berdesup saya mandi. Haha.

5 minit lepas tu, mandi+wuduk = settle!

"Ibu..dah azan..jom solat.!"

Ibu pun guna telekung saya.
Hmm..nampaknya ibu dah nak solat tu.

"Ibu..jap2..tunggu along...kita solat sekali ea..hee.."

"Allahummargfirlana zunubana waliwalidina warhamhuma kama rabbayana soghira.." sebak saat membacakan doa ini, dalam hujan lebat, dan terdengar suara ibu mengaminkan.

Alhamdulillah..at last, dapat imamkan solat utk ibu, tu satu kenikmatan buat saya sebagai seorang anak.

Ibu, maafkan along tau. Along buat semua ni sebab sayangkan ibu.

Ibu, along dapat buat sikit je utk tolong ibu.

Tak mampu pun nak balas semua jasa ibu.

Ibu, jangan la risau pasal along.

Along dah besar. Walau macam mana pun, along usaha jugak untuk teruskan kehidupan dengan sebaiknya.

Dari Abu Hurairah radhiyallaahu ‘anhu, belia berkata, “Seseorang datang kepada Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Dan orang tersebut kembali bertanya, ‘Kemudian siapa lagi?’ Nabi shalallaahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Ibumu!’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi?’ Beliau menjawab, ‘Ibumu.’ Orang tersebut bertanya kembali, ‘Kemudian siapa lagi,’ Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam menjawab, ‘Kemudian ayahmu.'”(HR. Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548)


Ibu, tiap2 hari along doakan ayah dan ibu.

Ibu, walaupun along ni nakal, tak baik dengan ibu macam adik2 baik dengan ibu, tapi ketahuilah bahawa along sayang ibu.

Ibu, semoga along jumpa lagi ibu kat syurga nanti.

Along nak ibu, tetap jadi ibu along kat syurga nanti.

Ibu, izinkanlah anakmu ini untuk berubah menjadi anak yang solehah.

Along tahu. Along bukan baik mana.

Along tahu ibu dah cuba yang terbaik untuk menjaga along lebih2 lagi sejak along sakit.

Tapi, in sha ALLAH. Janji Allah, bahawa anak yang soleh dapat membantu selamatkan ibu bapanya kelak.

Maka, along akan berusaha sebaik yang mungkin.

Terima kasih ibu.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan saya seorang ibu!

#hujan pun semakin lebat..
#ayah mohon jangan jelus..haha



:')

Comments

Post a Comment

May Allah bless ^_^

Popular Posts