Keep Moving

Bismillahirrahmannirrahim


Aku sering memerhatikan.
Aku sering memikirkan.

Aku suka perhati.
Insan-insan yang seronok.
Seronok berlari mengejar redha-Nya.
Insan-insan yang tenang.
Yang mana tenang itu datang dari jiwanya.
Insan-insan yang bersungguh.
Yang mana mereka bersungguh untuk merubah dirinya.

Aku terpanggil.
Rasa seolah ingin jadi seperti mereka.
Aku mula bertanya.
Harus bagaimana aku bermula?

Allah itu Maha Penyayang.
Diberikan aku satu cabang.

Aku diperingatkan.
Sejak mula.
Bahawa jalan ini panjang.
Bukan dihampar dengan karpet merah.
Bukan ditabur mawar indah.
Ia tidak juga mudah.
Malahan.
Kaki kau juga mungkin akan berdarah.

Aku hanya tersenyum.
Ketika mula aku diperingatkan.
Tentang itu.

Aku tersentak.
Oh.
Itu semua benar.

Mungkin orang akan pelik.
Memang.
Orang pasti akan pelik.

Kenapa mahu pilih jalan hidup yang susah.
Sedangkan kita ada pilihan.
Untuk hidup dengan lebih mudah.

Jawapannya.
Islam itu dagang.
Dan akhirnya.
Ia akan kembali dagang juga.

Mujahadah itu pahit.
Kerana syurga itu manis.

Benar pepatah Melayu.
Bersusah dahulu.
Bersenang kemudian.

Di dunia kita pelik.
Di akhirat kelak.
Moga Allah menerima kita.
Dengan penuh redha.

Teruskan langkahmu.

Bergerak.
Terus bergerak.
Andai tidak mampu laju.
Perlahan juga tidak mengapa.
Asalkan bukan berhenti.

Kerana untuk kembali mencipta momentum.
Itu lebih payah.

Yang terkurang.
Harap Allah ampuni.

Istiqamah.
Itu cita-citaku.

Hari ini.
Aku masih menulis.
Tapi mungkin esok.
Aku sudah tiada di bumi.
Yang nyata.

Dunia ini sifatnya fana.
Sementara.
Yang kekal hanya Dia.
Iya.
Hanyalah Dia.

Mungkin di awalnya.
Kita rasa gembira dengan dunia.
Namun.
Percayalah.
Di akhirnya.
Kau pasti akan bertanya juga.
Kekalkah gembira ini.
Yang sebenarnya.
Kau mau apa?

Lantas aku juga persoal.
Pada diri.

"Aku mahu apa?"

Koreksi diri.
Ditanya berkali-kali.
Tanya sama hati.
Ketuk pintu iman.

Akhirnya dipersematkan di hati.
Hanya satu idaman nurani.
Hidup dan mati.
Dalam redha Ilahi.




#aku malas untuk menulis. nyamuk ni yang bersalah. dia kejutkan aku dari tidur.
#thanks Allah.
#at last, tahajud cinta menjadi saksi.
#saksi bahawa aku adalah seorang hamba yang lemah.
#saksi bahawa dalam hidupku, aku hanya perlukan Allah.


Comments

Popular Posts