Pahit Manis Jalan Dakwah
VirusDakwah, OSTAJAHNARUTO
Saturday, 20 December 2014
Si Daie Futur
إقراء بسم ربك الذي خلق
الحمد للّه على صلاته
ثمّ سلام اللّه مع صلاته
•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
Ada masa, si daie yang tak pernah mengaku kalah seperti naruto akhirnya FUTUR.
Penyakit yang datang itu tidak diundang.
Ada masa , si daie yang selalu memberi peringatan dan tazkirah akhirnya teruji dengan kata-katanya sendiri.
Ya. Mungkin inilah masa kegelapannya.
Semua serba tak kena.
Qiamullail sudah.
Tilawah sudah.
Segala macam taklifat tarbiah dibuatnya.
Tapi masih, 'rasa' itu tidak hadir seperti biasa.
Daie, apa ini masa futurmu..? Mata ditutup kejap.
Kenapa segalanya tiada rasa. Tiada kemanisan. Kaku. Seperti robot.
Dia lalu mencapai buku. Baca. Belek. Kosong.
Masalah-masalah ummat yang tak pernah berhenti.
Masalah-masalah pejuang Islam yang tak pernah lekang.
Jalan-jalan juang yang sangat tawar.
Hadaf dan matlamat perjuangan yang terlalu besar dan berat.
Ah.. sudahhhh.
Semakin serabut.
Mencari ketenangan.
Lalu apa yang dia lakukan?
Mencari 'ketenangan'.
"Murabbi, ana sudah tiada hati di jalan ini.."
Dihantar ke peti wasap murabbinya, kakashi.
Dibaca.
Beberapa minit berlalu. Tiada respon.
Dia lalu menghantar mesej pada kawan seangkatannya, satsuke.
"Sahabat, aku ingin berhenti. Aku ingin mufaraqah."
Dihantar.
Dua tick biru muncul. Dibaca.
Lalu sang Naruto menghempaskan badannya ke tilam . Berselerak segala buku haraki. Buku dakwah . Buku tarbiah.
Kenapa cinta itu semakin tawar. Bahkan tiada rasa.
Aku ingin bebas dari semua ini. Sudahlah.. manusia sekelilingku hanya membuatku sesak dada. Fikir tentang mereka. Diriku terabai. Sibuk bergerak kerja, diriku yang ketinggalan. Sibuk berdakwah tarbiah, diriku terbengkalai.
Kenapa manusia lain hidup tenang, tak perlu fikir perkara-perkara berat? Tapi kenapa aku dipaksa melakukan semua ini? Padahal hasilnya langsung aku tak nampak..
Tiba-tiba mesej masuk.
Kakashi : Ni kata-kata dari siapa?
Naruto : Dari ana sendiri.
Kakashi : Maksudnya?
Naruto : Ana nak berhenti .. rasa lost. Tiada hati lagi.
Kakashi : ok. Buatlah apa yang enta suka. :)
Naruto is Typing...
Tak jadi.
Naruto is Typing...
Tak jadi.
Buntu. Begitu mudah jawapan murabbinya. Buat dia rasa lain macam.
Naruto : Kenapa cakap macam tu? Kenapa tak nak ingatkan ana? Kenapa tak herdik ana? Kenapa tak nak tarik ana?
Kakashi : sebab ana rasa tak perlu.
Naruto tersentak.
Memang dia tengah futur. Tapi jawapan itu bukan sebaiknya diberikan oleh seorang murabbi kepada anak didiknya. Tidak sepatutnya. Murabbi orang lain pasti akan bersungguh-sungguh menarik semula anak didik mereka. Bukan Kakashi tak kenal dia. Bahkan terlebih kenal. Tahu masa silamnya. Tahu betapa jahatnya dia. Tahu dia sangat perlukan tarbiah. Tapi kenapa hanya itu yang dibalasnya? Seolah-olah dia itu tidak dihargai..
Naruto : Bukankah tugas seorang murabbi itu untuk mengajar? Memberi tunjuk ajar.
Kakashi : Ya, memang tugas seorang murabbi itu memberri tunjuk ajar pada mutarabbinya, sesuai dengan caranya. Naruto, enta bukan baru sehari mengenal tarbiah. Enta bukan sehari rasa diterajang mehnah-mehnah yang menyakitkan. Bahkan bukan baru sehari enta menguras tenaga atas jalan ini. Dan ana bukan baru sehari kenal enta.
Naruto senyap. Terdiam.
Kakashi : Enta kata takde hati. Nak berhenti. Silakan. Ana takkan halang. Enta budak tarbiah. Ana bercakap sesuai dengan posisi enta. Sesuai dengan siapa enta. Ana bukan berkata pada seorang yang tak faham. Jadi, buatlah apa yang enta mahu. Ana takkan halang. Enta dah besar, pandai fikir.
Sentap di situ.
Dia lalu memdelete akaun wasapnya. Remove dan left semua Group2 berkaitan dakwah tarbiah. Biar. Dia ingin kan masa.
Dia mengambil kunci motornya. Memakai topi keledar dan menunggang terus ke jalanan. Angin malam tidak menenangkannya langsung. Dia pun mengambil ruang dan peluang ini untuk menyertai budak2 jalanan melepak .
Mereka gelak.
Dia gelak.
Mereka mengutuk.
Dia mengutuk.
Mereka lumba motor.
Dia ikut lumba.
Lalu dia berhenti. Masih tiada ketenangan.
Dia lalu mebawa diri.
Menyertai golongan-golongan yang menghabiskan malam-malamnya di gelanggang bola.
Mereka menggelecek.
Dia menggelecek.
Mereka bersorak.
Dia bersorak.
Mereka gol kan bola.
Dia turut menggolkan.
Masih, tiada tenang.
Padahal masa itu dia sudah tidak disibukkan dengan penderitaan umat.
Dia bungkam.
Lalu meluncur dengan motosikalnya ke masjid.
Jauh dia termenung di birai masjid.
Bahunya terasa ditepuk.
Satsuke tersenyum sambil duduk di belakangnya.
"Seorang?"
Dah terang tang tang aku seorang. Takkan berlima kut. Desasnya dalam hati.
" Apa kes ni? Tetiba mesej aku. Kata nak mufaraqah bagai..Left semua group.."
" Aku nak mufaraqah pun, bukan kau kesah.. "
"Bukan aku tak kesah, kawan.. aku cuma bagi kau masa.."
Naruto senyap.
Angin malam meniup sepoi-sepoi. Peluhnya kian mengering.
" Dan siapa aku untuk menghalang."
Naruto memandang Satsuke.
Ayat yang sama. Hampir sama dengan Kakashi. Adakah memang mereka berlepas diri dariku?
" Aku tak pernah rasa down macam ni. Dengan perangai pejuang-pejuang ninja yang longlai. Masalah macam-macam. Aku tak mampu nak teruskan segerabak dengan mereka.
Aku penat melihat masalah-masalah penduduk konoha yang macam-macam. Tak pernah setel. Apa taknya, daie pun banyak konflik, nak harap mad'u baik, memang tak la.
Matlamat perjuangan kita terlalu jauh. Susah nak capai. Macam-macam arahan dan perkara yang perlu kita wala'dan patuh pada Hokage pada sensei, padahal kita tak memahami, padahal kita tak rasa pun perkara tu betul.
Aku penat dengan semua ni.Orang benci, orang kutuk, orang maki, orang hina, orang salah faham .. orang nak tentang.
Aku rasa jalan juang kita ada something wrong. Ada lompang. Ada lubang ."
Naruto mengeluh. Mengadu.
Satsuke tersenyum.
" Dan aku tak pernah lihat Naruto seteruk ini.
Persoalan pertama, berkaitan nak berhenti di jalan ini, aku nak kau buka semula ayat yang kita pernah hafal sama-sama dulu masa latihan peemilihan ninja. Masa kita masih bergaduh tak matang antara satu sama lain. Masa kau semangat sangat nak kalahkan aku untuk jadi yang terbaik.
Ayat 54, Surah al-Ma'idah.
- wahai orang yang beriman! Barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan satu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka mencintaiNya, yang bersikap lemah-lembut terhadap orang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang kafir, yang berjihad di jalan ALLAH, dan yang tidak takut pada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurniaan Allah kepada sesuapa yang dikehendakiNya. Dan sesuangguhnya Allah maha Luas lagi maha mengetahui.-
Persoalan kedua, kau nampak banyak masalah dari para ninja yang lain, tapi at least diorang tidak terus meninggalkan jalan ini. At least diorang masih berusaha memperbaiki kelompangan yang ada. At least mereka tidak lari dari masalah.
Sepatutnya, bila kta nampak kelompangan, seharusnya kita perbaiki, bukan makin menambah masalah. Lari dari perjuangan bukan penyelesaian . Bahkan kalau semua ninja yang bajet bagus , nak lari dari budak2 ninja yang diorang anggap masalah, sebenarnya merekalah yang membantut perjuangan. Merekalah yang patut dipersalahkan. Sebab cetek sangat cara berfikir. Ni aku tak cakap kau tau, ninja yang kat afrika tu.
Persoalan ketiga, masalah2 kampung konoha yang tak pernah setel. Aku nak tanya, kalau masalah dah setel, kita ni takde takpe. Tapi sebab ada masalah lah kita ni perlu bergerak. Lagipun,masalah-masalah yang datang tu sebenarnya satu tukul besi yang akan ketuk kita bila kita jauh dari Allah.
Sebab itu juga kita diciptakan, untuk menjadi pemakmur di muka bumi. Kalau takde masalah, nak makmurkan apa lagi?
Persoalan keempat, matlamat perjuangan yang terlalu jauh. Yang ni persoalan yang aku suka. Kau buka semula surath at-Taubah.
Ayat 42,
-kalaulah apa yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperolehi dan perjalanan yang tak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: "jikalau kami sanggup, tentulah kami berangkat bersama-samamu," Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka benar-benar berdusta.-
Normal lah jalan juang yang dibenci, ditentang.
Lagi satu, last.. aku ingat sensei kakashi pernah kata..
" kalau jalan juang yang kau tempuhi tiada mehnah, maka periksa semula jalan juang itu, takut-takut ada something wrong padanya"
Nak katanya, bukan ada masalah tu something wrong, tapi bila takde masalah, bila jalan juang macam tengah baring2 atas tilam empuk dan berjalan atas karpet merah tu yang something wrong.
Aku harap menjawab."
Satsuke menghulurkan Quran.
"Aku tahu, bila kau futur, kau suka baca surah at-Taubah.."
Naruto menyambut Quran terjemahan itu.
"Gi ambik wudhuk, solat sunat..hajat, taubat, istikharah.."
Satsuke berdiri.
Naruto pantas memegang tangan Satsuke.
Dia berdiri, dan terus memeluk Satsuke.
"Sahabat, terima kasih.." Air matanya gugur. Deras.
Satsuke tersenyum. Dia lalu berbisik ke telinga sahabatnya itu.
" Jangan biarkan aku berlari ke Syurga Tanpa Saingan..
Nanti jalan Syurga ku akan membosankan tanpa teman nakal seperti kau."
Naruto tersenyum.
" Jangan risau, aku akan usaha, sampai Allah mencintaiku.."
" Aku tahu.. kau bukan seorang pengalah.. dan aku juga bukan salah seorang dari golongan itu.." Satsuke mencebik.
Mereka tergelak. Suka.
Naruto sedar. Itulah kekosongan yang dia perlukan. Sebuah ukhuwah fillah yang menggugah.
Dari jauh, Kakashi melihat gelagat dua anak muridnya. Alhamdulillah, Allah telah selamatkan seorang pejuang.
Kakashi tahu, Futur perkara biasa bagi seorang ninja. Bahkan dia juga pernah melaluinya, tapi untuk membiarkan mutarabbi kesayangannya terus jatuh, bukanlah sifat seoang murabbi. Dia dan Satsuke telah merancang untuk mengekori Naruto ke tepi jalanan, ke ruang gelanggang.
Dan akhirnya ke surau.
Seorang budak tarbiah yang sejati, tidak mampu dipisahkan dengan fitrahnya Bertuhan.
Senyum.
#sentap..bace smpai hbis tau..rugi x bce
#copypaste

Comments
Post a Comment
May Allah bless ^_^