Kullu nafsin zaiqatul maut

Dengan menyebut dan mengagungkan namaMu..ya Allah..

^_^





"Nak pilih surah apa ye untuk dibaca hari ni?"


Kelaziman aku setiap hari adalah memilih satu surah sebagai tilawah dan akan ditadabbur.


Az-Zumar..dah!


Ar-Rahman..lagi la selalu!


Erm..


Taha..sayu sangat ni..!


Oh..okkk..


Surah Al-Anbiya terasa menarik untuk ditadabbur hari ni..!


Sebab apa? Sebab aku suka dengan ayat pertama dia.


Sangat menyentapkan jiwa raga dan bakul yg ada di seluruh dunia!


Apa ayat dia?


"Telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai(dengan dunia), berpaling(dari akhirat).."


Uhuk!


Masa dulu2 kala, waktu first time tersedar yg ayat ni wujud dalam al-Quran, aku rasa sedih gila! Duduk termenung sekejap, tak lalu makan dua hari(ok tu tipu), duk fikir punya fikir.


Dulu Allah turunkan ayat ni, Dia kata dah dekat..dah tu sampai kat kita ni, tak ke lagi dekat?


Then, suka utk aku amik satu ayat ni..dari surah yang sama jugak.


"Sungguh, telah Kami turunkan kepadamu sebuah kitab(al-Quran) yang di dalamnya terdapat peringatan bagimu. Maka apakah kamu tidak mengerti?"


Aduhai!


Terkena lagi.


Tak cukup lagi ke al-Quran ni sebagai manual hidup terlengkap utk kita wahai umat manusia?


(Mohon tengok muka depan cermin, pastu tanya soalan tu)



And finally i choose to end it with ayat 35.


Juga dari surah yang sama.


"kullu nafsin zaiqatul maut"


"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.."


I love to ask.


How many of us are very scare when we start talking about die?


Berapa ramai yang boleh jawab dengan yakin yang dia dah bersedia untuk sambut kedatangan malaikat maut di muka pintunya esok? (Tu kalau kat pintu la.boleh jadi kat pintu kapal terbang ke, pintu hospital ke..)


Ha..jom jawab sama2.


Dalam hati sudah lah.


Suka untuk aku bercerita sesuatu.


Bila ada orang syorkan utk aku tengok cerita 1 Litre of Tears, aku teragak-agak.


(Macam silap orang je utk disyorkan kpd aku.aku tak suka tengok cerita sangat)


But then, aku tengok untuk dapatkan ibrah.


Benda pertama aku rasa adalah, 


"Oh..erm..sama!"


Banyak persamaan. Bagaimana dia cuba utk berdikari, bagaimana dia cuba utk tidak bergantung kepada kawan2 dia, menulis catatan hidupnya, dia cuba utk positifkan diri..segalanya hampir sama.


Yang beza hanya beberapa sahaja.


Dia hidup kerana dia rasa dia perlu teruskan hidup.that's it.


Tapi untuk aku, aku perlu kuat utk dua tugasku.


Masih belum selesai.Masih banyak yang belum aku kerjakan.


Motivasinya adalah ibunya, maka aku motivasiku hanyalah Allah semata.


Kerna aku tahu, hidup bergantung dengan manusia, tiada apa2. Kelak kita berseorangan juga.


Tapi bagus jugak. 


Cerita tu agak memberi motivasi untuk aku.


^_^


Thanks kak for ur suggestion.



Nak tahu tak? 


Aku rasa tiada apa2 pun yang berbeza dengan aku.


Namun kebelakangan ni, ramai pulak yang bertanya.


Yang private message nya lain, yang tanya depan2 nya lain.


Mereka bertanyakan satu soalan.


"Kenapa kau banyak sangat post pasal kematian, akhirat semua ni? Rilek la. Kesakitan kau takkan membuatkan kau mati melainkan dengan izin Allah jugak."



Tu la soalan yang sangat common yang orang tanya sekarang since beberapa bulan ni.


^_^


Hii.


Rilek la semua. Takde pape pun la.


Jom tengok hadis ni.



Abdullah bin Umar radhiallahu 'anhuma berkata, bahawa ketika dia sedang duduk-duduk di sisi Rasulullah s.a.w. lalu datang seorang lelaki memberi salam dan bertanya kepada Rasulullah: "Siapakah yang lebih utama (lebih baik) di kalangan orang yang beriman?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Orang yang lebih baik di kalangan orang beriman ialah mereka yang berakhlak mulia."
Kemudian lelaki itu bertanya lagi: "Siapakah orang yang paling cerdik di kalangan orang yang beriman?" jawab, Nabi saw: "Orang yang paling cerdik ialah mereka yang banyak mengingati mati, dan banyak membuat persiapan untuk menghadapi mati."


Aku rasa bila ingat pasal akhirat ni, aku lebih semangat nak hidup.

Terasa kurang nak main-main.


Ini serius!


Sebab tu la Rasulullah SAW kata orang yang cerdik adalah orang yang paling banyak mengingati mati dan yang paling banyak persiapannya.


Pandang dari sudut positif.


Kalau lah kita tahu kita akan mati esok,


1. Confirm hari ni la nak telefon mak ayah, cakap paling lemah lembut dengan mak ayah


2. Confirm nak buat baik kat kawan2


3. Confirm nak siapkan esaimen cepat2, tak nak tangguh2.


4. Confirm solat awal waktu.


5. Confirm takut gila nak buat sekecik2 maksiat.


6. Confirm hari ni nak fokus yang paling fokus la dalam kelas.


7. Confirm hari ni nak buat lecturer semua sayang kat kita. Tak nak buat diorang marah2.


8. Confirm kita akan lebih banyak bertaubat!


Betul ke?


Ke aku je yang rasa macam ni?


Wallahualam.


Fikir-fikirkanlah.



#sejak sakit ni, terfikir la. Macam mana ea rasa sihat? Aku dah dilupakan tentang rasa itu.


#aku bersyukur


#ini yang terbaik


#positif


#ok bai..dah isyak..kekasihku dah memanggil2..


^_^

Comments

Popular Posts