F.I.Z.I.K

Bismillahirrahmannirrahim..


Sebagai seorang pelajar fizik, saya sering persoalkan dua soalan ini.

1. Kebanyakan teori fizik, pasti ada yg ideal. Dan dari yg ideal tu, dikembangkan menjadi equation yg ntah-pelik-pelik-tu. Kenapa mesti ada equation yg ideal?

2. Saintis fizik yg hebat2 ni kebanyakan akan keluarkan teori. Tapi disebalik teori tu, pasti mereka akan guna 'assumption'. Kenapa mesti assume? Kan benda tu diorang tak nampak? Tell me who can see electron by the real eyes? Tell me who can see the orbit?
No one. It just an assumption.

Seorang pensyarah pernah menjawab soalan pertama saya.

Kerana sesuatu tu mestilah ada yg contoh atau template yg betul. Contoh. Orang Islam. Kita ada Rasulullah SAW. Baginda adalah contoh yg paling ideal. Template sunnah terbaik. Selepas itu, umatnya tinggal ikut sahaja. Apply dalam kehidupan seharian.

Utk yg kedua tu. Kenapa saya pelik? Mereka ini begitu yakin teori diorang betul. Saya pun rasa mcm nak tanya je dengan pak cik William Herschel face to face. Macam mana bentuknya white dwarf ni pak cik? Pak cik Einstein tu, kenapa la dia susah2 kaji pasal relativity? Susah kami nak belajar tau pak cik.Lol.

Mereka assume. Buat macam2 anggapan terhadap benda yg mereka sendiri tak nampak. Tapi mereka boleh yakin benda tu betul? Mereka yakin benda tu wujud? Tak ke pelik tu? Lantas mereka masih mempersoalkan Allah itu wujud ke tidak. Memang kita tak nampak Allah. Tapi orang Islam yakin. Once kita dah mengucap dua kalimah syahadah, maka kita mengakui bahawa Allah itu wujud. Sepatutnya sudah tidak ada lagi keraguan dalam hati kita. In sha Allah.

Allah Maha Berkuasa. Dia berkuasa memberi petunjuk kepada siapa yg Dia mahu.

Allah mentakdirkan bahawa Allah tidak memilih saintis2 ini untuk faham Islam. Cuma beberapa sahaja. Syukur alhamdulillah. Ada sebabnya. Allah lebih tahu.

Cuma nak highlight kan kat sini, bersyukurlah dengan nikmat Islam.

Para saintis itu sebenarnya keliru.
Teori yg mereka kata betul, boleh sahaja jadi tidak betul bilamana ada satu penemuan baru yg lebih tepat dijumpai. Akhirnya, hidup mereka penuh dgn imagination. Mereka berhujah utk benda2 yg Allah dah bagitahu. Mereka menjadi hamba kepada alam. Walhal Allah cipta alam ni utk kita guna. Bukan dipergunakan.
Namun, kitab al-Quran kita tidak pernah ada keraguan di dalamnya.

"Kitab(al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yg bertakwa.."

Ayat kedua dari surah al-Baqarah ini sangat straight forward. Jelas. Simple. Compact.

Betapa hebatnya Allah yg menciptakan.
Saintis juga menggunakan al-Quran sebagai sumber rujukan mereka. Kita yg Islam ni? Err..buat perhiasan atas almari je ke? Letak kat tepi bantal time nak tidur je ke?

Allah..
Allah..
Allah..

Berikanlah kami petunjuk..tunjukkanlah kami jalan yg lurus..permudahkanlah urusan kami utk lebih dekat kepadaMu..

Amin..

Wallahua'lam.

#ilmu itu penting. Lebih2 lagi ilmu Tauhid. Mengkaji itu perlu. Namun perlu diingat. Semakin kaji seharusnya menambah iman. Bukanlah hingga menjadikan kita rasa kita lebih hebat dari Tuhan.

Comments

Popular Posts